Utama Android TECNO Telefon Pintar Boleh Lipat Tecno Phantom V Flip dilancarkan secara rasmi

Telefon Pintar Boleh Lipat Tecno Phantom V Flip dilancarkan secara rasmi

164
0

Tecno Phantom V Flip secara rasminya telah dilancarkan selepas di acah dan dispekulasikan di internet sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Telefon pintar boleh lipat berbentuk cengkerang ini merupakan yang pertama dihasilkan oleh Tecno.

Seperti peranti boleh lipat lain, Tecno Phantom V Flip mempunyai dua paparan:

  • Skrin utama (dalaman) – Panel LTPO AMOLED 6.9-inci beresolusi 1080p dan kadar kecerahan puncak 1,000 nits
  • Skrin penutup (luaran) – Panel AMOLED 1.32-inci berbentuk bulatan

Telefon pintar ini menggunakan cipset Dimensity 8050 dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Untuk mekanisme boleh lipatnya, Tecno Phantom V Flip boleh diletakkan kekal pada sudut liaptannya antara 30 hingga 150 darjah. Menurut Tecno, telefon pintar ini mampu kekal “kelihatan tanpa kedutan” selepas dilipat buka-tutup sebanyak 200,000 kali.

Phantom V Flip juga menawarkan kamera utama 64MP yang bersebelahan dengan kamera ultra-lebar 13MP. Manakala sebelah hadapannya pula disediakan satu kamera 32MP. Menguasakannya pula sebuah bateri berkapsiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Harga Tecno Phantom V Flip

Telefon pintar boleh lipat baharu ini mula dijual di pasaran India pada bulan Oktober ini dengan harga INR49,999 (~RM2,830) serta ditawarkan dalam warna hitam, dan unggu dengan pilihan kemasan kulit tiruan. Ia akan menyusul ke rantau-rantau pasaran lain tidak lama lagi, namun tidak diketahui sama ada ia akan hadir ke pasaran Malaysia atau tidak kelajk.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.