Utama Android Honor Tawaran Pembelian Awal HONOR X9b 5G: Tempahan hanya deposit RM9 dan berpeluang...

Tawaran Pembelian Awal HONOR X9b 5G: Tempahan hanya deposit RM9 dan berpeluang memenangi Pulang Wang RM1,500!

181
0

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2023 – Baru sahaja mengumumkan secara rasmi HONOR X9b 5G yang dinanti-nanti ramai akan dilancarkan pada 1 November nanti, HONOR Malaysia menghangatkan lagi kemeriahan dengan pulangan wang sehingga RM 1,500.

Bermula 27 Oktober hingga 31 Oktober, dengan deposit RM 9 anda boleh menempah HONOR X9b 5G dan pembeli juga berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,500. Selain itu, pembeli juga layak memiliki hadiah bernilai sehingga RM 978 – termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, HONOR CHOICE Earbuds X5 dan HONOR CHOICE MOECEN Band.

Untuk penghantaran, pelanggan yang menyertai Tawaran Pembelian Awal akan diutamakan dan menjadi antara yang pertama menerima HONOR X9b 5G. Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran pembelian awal ini.

Ketahui lebih lanjut sebab-sebab HONOR X9b 5G menjadi idaman ramai peminat:

HONOR X9b 5G Tahan Lasak Semua Sudut – Terbaik HONOR sehingga kini
Dilengkapi dengan teknologi canggih Antijatuh Melantun Ultra HONOR tersendiri, HONOR X9b 5G memastikan ketahanan dan kestabilan yang luar biasa. Diperbuat daripada bahan inventif yang menghasilkan struktur menyerap hentakan sekeliling telefon, HONOR X9b 5G menawarkan rintangan jatuh sehingga 1.5 meter yang mengagumkan dan ketahanan 360° pada enam pemuka dan empat penjuru telefon. HONOR yakin ketahanannya yang kukuh menjadikan HONOR X9b 5G sebuah telefon pintar tahan lasak yang tiada tandingan. Mari lihat dengan lebih mendalam.

Pertama, menampilkan perlindungan generasi baharu dengan struktur tiga lapisan dengan separa pengukuhan skrin dan perlindungan penimbal sekeliling skrin, HONOR X9b 5G dilindungi sepenuhnya disekeliling skrin, malah dikedapkan lagi oleh fiuslaj dalaman. Kedua, terima kasih kepada inovasi bahan kusyen modulus rendah dengan ruang tahap mikron secara fleksibel yang terbentuk disekeliling skrin, impak jatuh boleh diserap sehingga 1.2 kali ganda.

Dengan kusyen yang ditambah baik dan celahan sempit yang diperkukuhkan, ruang tahap mikro dalam rekaan struktur dapat mengurangkan impak jatuh HONOR X9b 5G secara keseluruhan dan bertindak sebagai beg udara bagi menghalang keretakan skrin atau kerosakan.

Hasil inovasi baharu ini, HONOR X9b 5G dengan bangganya menjadi yang pertama dalam industri menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh daripada SGS Swistzerland. Selamat untuk mengatakan HONOR bersungguh-sungguh dengan ciri-ciri perlindungannya bagi memastikan keluaran terbaharu ini benar-benar tahan lasak.

Dengan pelbagai penambahbaikan, HONOR X9b 5G berhasrat untuk terus menjadi peranti yang bersaing dalam segmen midrange dalam pasaran. Menaik taraf jangka hayat bateri, kamera, paparan, cipset dan banyak lagi, peminat memiliki alasan untuk berasa teruja kerana spesifikasi dan harga akan diumumkan semasa Majlis Pelancaran HONOR X9b 5G Malaysia pada 1 November 2023, 7 petang.

Nantikan pelancaran pada 1 November pukul 7 petang

Pelancaran rasmi HONOR X9b 5G merupakan satu detik bersejarah dan HONOR berbesar hati menjemput peminat menyertainya. Ayuh bersama kami secara langsung pada 1 November pukul 7 petang di Facebook HONOR Malaysia. Berpeluang untuk menyaksikan telefon pintar HONOR paling lasak sehingga hari ini, jadi pastikan anda tidak ketinggalan!

Tiada yang lebih mengujakan daripada telefon pintar HONOR X9b 5G – Tahan Lasak Semua Sudut – yang akan tiba tidak lama lagi. Maklumat lanjut tentang HONOR X9b 5G, layari:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.