Utama Android Honor Tawaran Early Bird Special HONOR X9c 5G Bermula Hari Ini, Nikmati Hadiah...

Tawaran Early Bird Special HONOR X9c 5G Bermula Hari Ini, Nikmati Hadiah Eksklusif Bernilai RM1,486!

218
0

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Penantian kini berakhir! HONOR Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar Pertahanan Tiga Ultra Kukuh terbaharu, HONOR X9c 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2024.

Pelancaran ini boleh diikuti secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 7 malam untuk menyaksikan telefon Raja Tahan Lasak baharu dengan ketahanan dan prestasi yang dipertingkatkan. Acara ini juga akan menampilkan perincian spesifikasi dan pengumuman harga, jadi jangan ketinggalan untuk mengikutinya pada tarikh tersebut.

Tempahan Early Bird Special HONOR X9c 5G Bermula Sekarang!

HONOR Malaysia teruja mengumumkan Early Bird Special HONOR X9c 5G sebelum pelancaran peranti tersebut. Jadilah antara yang pertama untuk memiliki HONOR X9c 5G dengan meletakkan deposit pada hanya RM9, dan menikmati faedah eksklusif mulai hari ini sehingga 4 November 2024, jam 3 petang.

Pelanggan terawal akan menerima pakej hadiah premium bernilai RM1,486, termasuk Pelan Jaminan Tiga Tahap yang mengandungi Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, dan Jaminan Bateri 36 Bulan. Faedah-faedah tambahan termasuk Jam Tangan HONOR Choice Haylou percuma dan rebat segera RM99 setelah pembayaran akhir dibuat. Tempahan boleh dibuat melalui HONOR Official Store, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Sehingga RM1,500 Menanti Pembeli Early Bird Special

Lebih menarik, pembeli Early Bird Special juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah. Seramai 10 pemenang bertuah akan menerima pulangan tunai RM1,500, manakala 300 pemenang lain akan membawa pulang pembersih HONOR Choice Robot Cleaner R2, setiap satunya bernilai RM1,299. Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan cabutan bertuah Early Bird Special ini, sila kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

HONOR X9c 5G – Enam Peningkatan Utama Daripada HONOR X9b 5G

Dibina susulan kejayaan model sebelumnya iaitu HONOR X9b 5G, model HONOR X9c 5G serba baharu ini menunjukkan rangkaian ciri inovatif dan peningkatan utama yang dicipta untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna dan ketahanannya.

Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh

Dibina susulan kejayaan HONOR X9b 5G yang telah mendapat pensijilan lima bintang SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification yang pertama dalam industri, peranti HONOR X9c 5G meningkatkan lagi tarafnya dalam ketahanan dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh. Menampilkan rekaan ultra kukuh segenap segi yang dipertingkatkan, HONOR X9c 5G boleh menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter, satu penambahbaikan berbanding 1.6 meter untuk model HONOR X9b 5G yang terdahulu. Ketahanan ini dicapai melalui rekaan lengkung Bézier yang unik bagi memberikan perlindungan 3D di segenap sudut, berupaya melindungi perani ini daripada impak daripada segenap arah. Sebagai tambahan, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan kaca tempa super kukuh yang menguatkan keseluruhan peranti dari depan hingga ke belakang, termasuk kamera belakang, menawarkan perlindungan kalis calar yang lebih hebat.

 

Antara peningkatan utama yang menonjol pada HONOR X9c 5G ialah struktur kalis air tiga tahap yang inovatif, memberikan perlindungan 360° daripada ancaman terdedah kepada air. Dengan peningkatan mengagumkan sebanyak 166% secara keseluruhan berbanding model terdahulu, HONOR X9c 5G jga telah menerima pensijilan lima bintang SGS Five-Star Comprehensive Reliability Certification yang pertama dalam industri, sekaligus menetapkan standard baharu bagi ketahanan telefon pintar.

Kapasiti Bateri Silikon Terbesar dengan Kelajuan Pengecasan Lebih Pantas

Walaupun HONOR X9b 5G dilengkapi dengan bateri 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan penggunaan sederhana, HONOR X9c 5G baharu kini melangkah lebih jauh dengan kapasiti bateri karbon silikon terbesar dalam industri yang dicipta untuk membolehkan penggunaan yang lebih lama kepada pengguna. Ia juga menawarkan pengecasan yang lebih pantas berbanding model sebelumnya.

Paparan Keselesaan Mata Flagship yang Dipertingkatkan

Dengan mengutamakan kesejahteraan pengguna, HONOR telah menggabungkan rangkaian ciri keselesaan mata  dalam paparan HONOR X9c. Peranti ini dijangka akan membawakan kecerahan puncak HDR peneraju industri, memastikan visual yang lebih jelas dan nyata dalam apa juga situasi cahaya. Seterusnya, peranti ini membawakan ciri-siri yang direka untuk mengurangkan kerlipan, menambah baik kualiti tidur, serta mengurangkan keletihan mata akibat penggunaan lama, menjadikannya peranti pilihan ideal bagi mereka yang menghabiskan masa yang lama pada peranti mereka.

Kamera Dikuasakan AI Ditingkatkan untuk Fotografi Yang Lebih Mantap

Untuk kamera, HONOR X9c 5G membawakan Kamera Ultra-sensing 108MP dengan OIS, memberikan kestabilan imej yang lebih baik berbanding sistem EIS sahaja pada HONOR X9b 5G. Peningkatan ini memastikan gambar lebih jelas dan nyata dalam semua keadaan.

Audio Lebih Kuat dan Berkuasa

Bagi menghebatkan lagi pengalaman audio, HONOR X9c 5G memperkenalkan sistem pembesar suara berkembar. Peningkatan ini membolehkan peranti ini memberikan volum maksimum sehingga 300%, memberikan pengalaman audio yang imersif kepada pengguna yang dibina pada asas kukuh oleh HONOR X9b 5G.

Lebih Pintar dengan Ciri-ciri Magic AI

Dahulunya hanya terdapat pada peranti flagship HONOR, ciri-ciri HONOR Magic AI yang baharu juga boleh diperolehi pada HONOR X9c 5G. Perkakasan pintar ini meningkatkan lagi kefungsian dan menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Jaminan Tiga Tahap Pertama dalam Industri untuk Ketenangan Pengguna

HONOR X9c 5G menetapkan penanda aras yang baharu dalam industri dengan pakej Jaminan Tiga Tahap. Dibina susulan kejayaan HONOR X9b 5G, yang memperkenalkan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari yang pertama dalam industri, HONOR X9c 5G menaikkan lagi keyakinan pengguna ke tahap yang lebih tinggi.

Pakej yang diperhebatkan ini bukan sekadar melindungi daripada keretakan bahkan mengandungi Jaminan Bateri 36 Bulan, menawarkan penggantian bateri secara percuma jika jangka hayatnya jatuh ke tahap yang boleh diterima dalam tempoh tiga tahun penggunaannya. Selain itu, HONOR X9c 5G juga menampilkan Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari yang eksklusif, membolehkan pengguna untuk penggantian peranti satu sama satu bagi masalah kualiti perkakasan. Dengan pakej yang menyeluruh ini, pengguna boleh menikmati peranti mereka dengan aman dan sejahtera.

Untuk perkembangan terbaharu atau pengumuman lanjut, ikuti laman Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my.  

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.