Utama Teknologi Synapse Laboratory Memperkenalkan Solusi Gaya Hidup Sihat Melalui Pemahaman Genetik Peringkat Awal

Synapse Laboratory Memperkenalkan Solusi Gaya Hidup Sihat Melalui Pemahaman Genetik Peringkat Awal

270
0
Synapse-Laboratory

Malaysia, 5 December 2022 – Pasaran ujian analisis genetik telah berkembang dengan pesat seiring dengan peningkatan minat orang awam untuk mengetahui bagaimana sifat genetik mereka boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Synapse Laboratory, sebuah makmal perubatan khas, merupakan salah sebuah makmal perintis yang menggunakan teknologi canggih terbaharu untuk menjalankan ujian kesihatan yang tepat. Mereka berhasrat untuk menjadikan ujian analisis genetik sesuatu yang mudah dilakukan serta mampu milik untuk orang awam di Malaysia. 

Kesedaran yang semakin meningkat mengenai faedah pengesanan awal gangguan genetik dan genom untuk pencegahan telah merevolusikan industri genetik. Semakin ramai pengguna yang memilih ujian analisis genetik untuk mengesan dan mengurangkan risiko kesihatan pada usia yang muda.

Dengan objektif untuk memperluaskan akses kepada maklumat genetik, Synapse melancarkan myPreciseDNA, sebuah ujian analisis genetik langsung buat pengguna (DTC) yang bermatlamat untuk mendemokrasikan saringan genetik untuk masyarakat awam di Malaysia.Synapse-Laboratory-2

“Setiap orang mempunyai genom yang unik, yang terdiri daripada DNA yang ada dalam gen seseorang tersebut. Ujian analisis genetik dapat membantu mengenalpasti varian genetik yang berkaitan dengan kesihatan, kesejahteraan, dan keadaan penyakit tertentu. Ujian myPreciseDNA menganalisis lebih 129 ciri genetik untuk menghasilkan laporan peribadi yang terperinci berkenaan kesihatan, sensitiviti makanan, kecergasan dan antaranya untuk seseorang individu. Selain itu, laporan tersebut juga menyediakan cadangan yang diperibadikan seperti tip perubahan gaya hidup, suplemen, serta nasihat perubatan, agar pengguna boleh mengambil langkah-langkah proaktif untuk tingkatkan gaya hidup sihat yang sesuai mengikut peringkat kehidupannya,” terang Dr Rachna Kairon, Pengasas dan Pengarah Urusan Synapse.

Untuk melengkapi ujian genetik tersebut, myPreciseDNA juga menyediakan kaunseling genetik dan konsultansi klinikal yang boleh membantu mentafsir hasil ujian agar mereka memahami laporan yang dikeluarkan dengan lebih mendalam. Kaunselor atau pakar perubatan dari Synapse juga akan membantu mencadangkan dengan rapi pilihan rawatan untuk menangani masalah berkaitan emosi, pilihan  rawatan tersedia, serta saranan kesihatan yang lebih mendalam berdasarkan profil genetik peribadi. 

Dengan akreditasi yang diterima baru-baru ini daripada Jawatankuasa Akreditasi College of American Pathologists (CAP), lembaga ahli patologi yang diperakui terbesar dan penyedia akreditasi makmal terkemuka dunia, Synapse Laboratory kini lebih berazam dalam memenuhi visi mereka untuk menjadi peneraju penyedia khidmat ujian analisis genetik di Malaysia dan kemudiannya di rantau ini.

Sambut Cahaya Mata dengan Senyuman

Dengan misi untuk meningkatkan penjagaan kesihatan ibu dan bayi, jenama BabySafe di bawah Synapse menjanjikan sambutan cahaya mata anda dengan penuh senyuman. BabySafe menyediakan satu siri ujian khas untuk ibu dan bayi, bermula daripada pranatal, perinatal sehinggalah ke penjagaan postnatal. Bayi yang sihat bermula daripada rahim ibu. Oleh itu, Synapse membawakan jenama BabySafe untuk menemani para ibu dalam perjalanan ke alam keibuan. 

Saringan bayi baru lahir BabySafe membantu mengesan lebih 40 penyakit metabolik yang juga dikenali sebagai Kepincangan Metabolisme Terwaris atau Inborn Errors of Metabolism (IEM). Synapse merupakan makmal saringan bayi baru lahir swasta pertama di Malaysia yang membawakan teknologi canggih terbaru untuk kegunaan pakar perubatan bagi membantu ibu bapa memastikan keadaan kesihatan bayi pada harga yang berpatutan. IEM merupakan penyakit yang terhasil akibat kecacatan genetik yang mengganggu metabolisme badan. Ia diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa, dan bayi selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simptom sejurus dilahirkan. 

Namun begitu, gangguan metabolisme ini akan menyebabkan kegagalan tumbesaran, kecacatan penglihatan dan pendengaran, imunodefisiensi, dan defisit perkembangan, contohnya dengan IEM, bayi mungkin mempunyai ciri muka yang luar biasa. Dalam sesetengah kes, IEM juga boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal hasil daripada saringan pencegahan adalah amat penting untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup bayi baru lahir sekiranya keadaan tersebut dikesan. 

Ujian Pranatal Bukan Invasif BabySafe atau BabySafe Non-Invasive Prenatal Testing (NIPT) menyediakan ibu bapa dengan pilihan untuk mengesan penyakit atau keadaan genetik dalam janin semasa tahap awal kandungan. Menggunakan teknologi Penjujukan Generasi Seterusnya atau Next Generation Sequencing (NGS), ujian tersebut menawarkan saringan genetik untuk ibu mengandung seawal minggu ke-10 atau ke-13 kehamilan. Ia sangat sensitif dan spesifik dan boleh digunakan untuk kandungan IVF, kembar, mahupun kandungan melalui telur penderma. 

Ujian NIPT BabySafe menyediakan pilihan untuk mencari dan mengesan sejumlah besar pemadaman mikro atau microdeletions dalam masa yang sangat singkat. Ujian ini amat penting untuk membantu para ibu bapa mengesan kemungkinan janin mereka mewarisi keadaan genetik seperti Sindrom Down, Sindrom Edward, ataupun Sindrom Patau. 

“Kesihatan ibu dan bayi merupakan bahagian penting dalam mikrokosma kesihatan keluarga serta kesihatan masyarakat pada amnya. Menjaga dan menjamin ibu yang sejahtera beserta anak yang sihat merupakan misi unik Synapse. Kami sebagai sebuah makmal berfungsi sebagai perantara antara teknologi dan perkhidmatan ini untuk para ibu bapa, dengan kerjasama para pengamal perubatan untuk program penjagaan ibu dan anak yang komprehensif dan mampu milik,” kata Dr Rachna, yang juga menambah bahawa kini merupakan masanya untuk masyarakat menjadi lebih peka akan kepentingan pencegahan awal buat ibu hamil dan kandungannya. 

Sebagai anak syarikat Synagene Group yang berpangkalan di Singapura, pertumbuhan Synapse sejak penubuhannya pada tahun 2007 mencerminkan visinya dalam menginovasi teknologi sains perubatan dan menghasilkan impak positif untuk kesejahteraan masyarakat awam serta memajukan lanskap penjagaan kesihatan dan pengujian di Malaysia. Synapse berazam untuk menerajui perkhidmatan ujian analisis genetik yang dipercayai di rantau ini. 

Synapse juga akan memperkenalkan ujian analisis buat kanak-kanak yang mempunyai gangguan-gangguan yang jarang ditemui serta analisa tumor untuk penghidap kanser. Pada masa akan datang, Synapse berhasrat untuk mengembangkan khidmatnya ke bidang kesihatan digital agar seluruh masyarakat di Malaysia dapat menikmati akses mudah ke perkhidmatan kesihatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Synapse dan perkhidmatan yang mereka tawarkan, sila layari https://www.synapselaboratory.com/. Untuk spesifikasi yang lebih jelas, layari BabySafe di http://babysafetest.com/ dan MyPreciseDNA di http://myprecisedna.com/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.