Utama Perkakasan Qualcomm Spesifikasi Xiaomi 16 tertiris; Dijangka guna Snapdragon 8 Elite 2

Spesifikasi Xiaomi 16 tertiris; Dijangka guna Snapdragon 8 Elite 2

82
0

Xiaomi 16 mungkin masih terlalu awal lagi untuk dilancarkan secara rasminya, namun maklumat tertiris mengenainya telah pun tersebar. Pentiris maklumat popular Digital Chat Station telah berkongsikan beberapa spesifikasi penting telefon pintar berkenaan di Weibo, termasuk pemprosesan, kamera dan kapasiti baterinya.

Peranti berkenaan dikatakan akan menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Elite 2, yang pada ketika ini masih lagi belum diumumkan. Qualcomm dijangka akan mengumumkan pemprosesan baharu berkenaan di dalam acara Snapdragon Summit pada September ini. Jika benar maklumat yang ditiriskan ini, Xiaomi 16 mungkin akan menjadi telefon pintar pertama yang akan menggunakan pemprosesan tersebut.

Seperkara lagi yang menarik untuk diperhatikan, desas-desus mengenai kapasiti baterinya yang didakwa mempunyai lebih dari 6,500mAh. Sebagai perbandingan, Xiaomi 15 untuk pasaran China mempunyai bateri berkapasiti 5,400mAh.

Imej pengolokan Xiaomi 16 yang tertiris dari pengguna Reddit, Majin Bu

Dari segi pemprosesannya pula, model telefon pintar yang akan datang ini juga dikatakan akan mempunyai tiga kamera 50MP yang mengandungi kamera utama 1/1.3-inci, kamera ultra-lebar, dan telefoto dengan sokongan makro. Selain dari itu, telefon pintar ini akan menampilkan paparan OLED rata 6.3-inci dengan bezel nipis, serta menggunakan antaramuka HyperOS 3.0 berasaskan Android 16.

Maklumat ini bagaimanapun bukannya hadir dari sumber rasmi dan spesifikasi sebenar Xiaomi 16 kelak mungkin berbeza. Dijangkakan siri Xiaomi 16 akan diumumkan selepas Snapdragon 8 Elite 2 hadir secara rasmi. Untuk ketersediaannya pula, model standard mungkin akan menemui pasaran global manakala model Pro pula dijangka hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.