Utama Telefon Pintar Oppo Spesifikasi Oppo F5

Spesifikasi Oppo F5

1189
0

Oppo F5 dikuasakan oleh CPU lapan teras dengan RAM 4GB. Telefon pintar ini juga memiliki storan dalaman 32GB dengan slot pengembangan SD mikro yang menyokong sehingga 256GB.

Telefon pintar jenama Oppo ini juga menyediakan paparan LCD sesentuh kapasitatif 6-inci LTPS IPS (1080, 402 ppi). Kamera belakangnya dilengkapi dengan penderia 16MP dan untuk hadapannya pula, ia menyediakan kamera 20MP.

Kelebihan Oppo F5 terletak pada kualiti kamera yang ditawarkan pada bahagian belakang dan juga hadapannya. Sesuai dengan gelarannya, ‘selfie expert’. Cuma, fungsi pengecaman wajah yang disediakan tidaklah begitu sempurna dan mungkin ianya sekadar gimik produk sahaja.

Menggunakan sistem operasi Android 7.1 Nougat, telefon pintar ini turut menyokong sambungan rangkaian 4G LTE. Oppo F5 hadir dengan bateri Li-Ion 3200mAh. Harga Oppo F5 di Malaysia adalah sekitar RM1230.

Spesifikasi Oppo F5

Umum

  • Tarikh dilancarkan: 2 November 2017
  • Rangkaian: 2G, 3G dan 4G
  • SIM: Dwi-SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
  • Ukuran: 156.5  x  76  x  7.5 mm
  • Berat: 152 g (5.36 oz)
  • Sistem Operasi: Android 7.1 (Nougat), ColorOS 3.2
  • CPU: Octa-core
  • Chipset: Mediatek MT6763T Helio P23
  • GPU: Mali-G71 MP2
  • Storan dalaman: 32 GB, 4 GB RAM
  • Storan tambahan: slot SD mikro, hingga  256 GB
  • Bateri: Li-Ion 3200 mAh tidak boleh ditanggalkan
  • Warna: Hitam, Emas, Merah (6 GB sahaja)

Penyambungan

  • GPRS: Ada
  • EDGE: Ada
  • 3G/4G Speed: HSPA, LTE
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, WiFi Direct, hotspot
  • Bluetooth: 4.2, A2DP, LE
  • USB: USB mikro 2.0, USB On-The-Go

Skrin

  • LCD sesentuh kapasitif LTPS IPS, warna 16 juta
  • 6.0 inci, 92.9 cm2 (nisbah skrin-ke-kerangka ~78.1%)
    1080 x 2160 piksel, nisbah 18:9 (ketumpatan ~402 ppi)
  • Multi Touch: Ada

Kamera dan Video

  • Utama: 16 MP, f/1.8, fokus auto pengesan fasa, LED flash
  • Sekunder: 20 MP, f/2.0, saiz penderia 1/2.8″
  • Video: 1080p@30fps
  • Ciri-ciri unik: Geo-tagging, fokus sentuhan, pengecaman wajah, HDR, panorama

Harga Oppo F5 Malaysia

  • RM1230.00

 

[one_half][/one_half][one_half_last][/one_half_last]

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.