Utama Mobile RedONE perkenal RedVIDEO – tambahan 10GB Penstriman Youtube dengan hanya RM10

RedONE perkenal RedVIDEO – tambahan 10GB Penstriman Youtube dengan hanya RM10

4030
2

Berita baik bagi anda yang gemar melayari internet ketika larut malam dan juga suka menonton video Youtube sebelum tidur, RedONE memperkenalkan pelan tambahan terbaru yang dinamakan sebagai RedVIDEO.

Pelan yang menyediakan data penstriman Youtube sebanyak 10GB ini memerlukan pelanggan membayar RM10 untuk melanggan. Juga, pelan berkenaan cuma boleh digunakan dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi sahaja setiap hari.

Untuk melanggan, pengguna hanya perlu mendail *123# dan seterusnya pilih “4 Add Ons” > “2 redVIDEO/RM10” > “1 YES”. Seterusnya, pihak telco akan menghantar SMS pengesahan. Pelan ini boleh digunakan oleh semua pelanggan-pelanggan RedONE kecuali yang menggunakan pelan M2M, FMS, MyFon dan SME.

Pelan ini hanya boleh digunakan dari 1 pagi hingga 7 pagi pada setiap hari sepanjang tempoh sebulan. Jika data 10GB habis digunakan sebelum cukup tempoh sebulan, pengguna perlu melanggannya sekali lagi pada kadar RM10/10GB. Sebarang kuota data yang tidak habis digunakan akan dilupus dan tidak akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya.

[box type=”shadow” align=”” class=”” width=””]Layari RedONE untuk maklumat lanjut berkenaan pelan RedVIDEO [/box]

 

2 KOMEN

  1. Kalau macamtu baik tak payah langgang.rugi saja aku langgan.siapa nak tengok video pukul 1 pagi sampai 2 pagi?jarang jarang sekali boleh lah.tp kalau hari memang siang tidor sajalah.tanggungjawab pada negara lagi penting lah.kenapa tidak dibuat bila bila masa sahaja?

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.