Sony akhirnya mengesahkan kewujudan PS5 Pro di dalam pembentangan teknikalnya oleh Mark Cerny, ketua arkitek konsol PlayStation. Kemaskini pertengahan generasi ini bakal menyelesaikan isu memilih di antara mod Fidelity dan Performance atau antara grafik dan kadar bingkai.
Menurut Cerny, PS5 Pro membawakan tiga elemen utama yang akan mencapai sekurang-kurangnya 60fps, sambil turut menyediakan grafik yang menghampiri mod Performance.
Pertama sekali GPU yang lebih besar bergandingan dengan RAM yang 28% lebih pantas yang membawa kepada pengolokan (rendering) 45% lebih pantas. Keduanya ia meningkatkan ray tracing yang dua kali atau tiga kali lebih pantas berbanding model asas PS5. Akhir sekali, upscaling dipacu AI yang boleh dimanfaatkan sebaiknya pada PSSR.
Pembentangan tersebut kemudiannya turut mempersembahkan permainan-permainan yang dimainkan pada PS5 Pro dengan mod Performance dan juga Fidelity. Konsol baharu ini juga dijangka mampu memberikan kelebihan pada kedua-dua sudut grafik dan juga kelancaran paparannya tanpa mengorbankan salah satu daripadanya.
Walaupun tidak dinyatakan di dalam pembentangan tersebut, sebuah hantaran di dalam blog rasmi PlayStation menyatakan konsol tersebut akan didatangkan dengan storan SSD 2TB.
Sebagai tambahan daripada pembentangan ringkas tersebut, Cerny turut mengesahkan pembangun-pembangun permainan sedang menambahkan sokongan prestasi pada PS5 Pro melalui judul-judul baharu dan yang sedia ada. Beliau juga menyatakan dalam tiga perempat masa, kebanyakan pemain memilih Performance Mode berbanding berbanding Fidelity Mode.
Apa yang penting, tarikh pelancaran PS5 Pro turut diumumkan di dalam pembentangan tersebut yang menyatakan ia akan dilancarkan pada 7 November 2024 dengan harganya US$699.99 (~RM3,060). Buat masa ini tiada sebarang pengumuman harga bagi PlayStation 5 Pro bagi pasaran Malaysia dan juga negara-negara Asia Tenggara lain.