Utama Teknologi Permainan Sony perkenalkan PlayStation 5 dengan rekaan baharu; Mula temui pengguna November ini

Sony perkenalkan PlayStation 5 dengan rekaan baharu; Mula temui pengguna November ini

228
0

Sony dilaporkan akan memperkenalkan rekabentuk baharu untuk konsol permainan PlayStation 5 pada November ini. Menurut Sony, varian ini 30% kurang dari segi isipadunya dan 24% lebih ringan.

PlayStation 5 ini juga akan hadir dengan empat panel berbeza iaitu kemasan matte berwarna Hitam dan juga warna Deep Earth Collection iaitu Volcanic Red, Cobalt Blue, dan Sterling Silver. Panel-panel ini akan mula ditawarkan pada awal 2024 dengan harga $54.99 (~RM259.97).

Menariknya, panel di bahagian atas tersebut akan tampil dengan kemasan berglos dengan bahagian bawahnya menampilkan kemasan matte. Bagi pengguna yang mempunyai PlayStation 5 Digital Version, anda boleh membeli Ultra HD Blu-ray Disc Drive secara berasingan pada harga $79.99 (~RM378.15).

Selain dari cagak berkedudukan melintang seperti di dalam kotak, anda juga boleh membeli cagak menegak yang boleh digunakan pada semula model PlayStation 5 pada harga $29.99 (~RM141.78).

Versi baharu ini akan mula dijual apabila versi semasa PlayStation 5 habis dijual. Buat masa ini varian ini akan mula menemui pengguna pada bulan November ini di pasaran Amerika Syarikat. Tidak dapat dipastikan bilakah varian baharu ini akan tiba menemui pengguna di Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.