Utama Perkakasan Samsung bangunkan Memori Lebar Jalur Tinggi dengan Integrasi Teknologi AI

Samsung bangunkan Memori Lebar Jalur Tinggi dengan Integrasi Teknologi AI

529
0

Samsung mengumumkan pihaknya sedang membangunkan apa yang dikenali sebagai Memori Lebar Jalur Tinggi (High Bandwidth Memory, HBM). Pembangunan ini turut mengintegrasikan dengan kuasa pemprosesan kecerdasan pintar buatan Samsung sendiri.

Dikenali secara rasminya sebagai HBM-PIM, senibina memori baharu ini direka khusus untuk kegunaan pusat data dan sistem HPC.

Apa yang membezakan HBM-PIM dari sistem perkomputeran dan unit memori lain adalah pada cara ia membawakan kuasa pemprosesannya. Komponen terbaru Samsung ini boleh membawakan kuasa pemprosesan terus ke tempat data disimpan melalui pemprosesan berselari dan mengurangkan pergerakan data.

Secara ringkasnya, kaedah pemindahan data seperti kebiasaannya melalui senibina von Neuman adalah lebih perlahan berbanding kaedah baru Samsung ini.

Selain itu, jika HBM-PIM dipadankan dengan kaedah Samsung HBM2 Aquabolt, ianya mampu meningkatkan prestasi sebanyak dua kali ganda. Pada masa yang sama,ia mengurangkan penggunaan kuasa menghampiri 70%.

Buat masa ini, Samsung memaklumkan HBM-PIM sedang diuji di dalam Pemecut AI yang dikendalikan oleh rakan perkongsian teknologinya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.