Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kini sedang merangka piawaian kadar kelajuan minimum yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidamatan internet di seluruh negara.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Encik Gobind Singh Deo sewaktu majlis pelancaran pengujian rangkaian Terragraph oleh YTL dan Facebook di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Menjawab soalan dari wartawan, beliau menyatakan rangka kerja ini penting bagi menjaga kualiti dan prestasi perkhidmatan sambungan internet di seluruh Malaysia dan perlu dipatuhi oleh penyedia-penyedia perkhidmatan.
Langkah ini juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam melindungi kepentingan para pengguna internet di Malaysia serta meningkatkan peluang ekonomi digital dikalangan rakyat.
Piawaian ini dijangka bakal disiap dan dibentangkan dalam masa terdekat dan tiada sebarang tarikh spesifik dinyatakan setakat ini.
Sumber berita diperoleh dari The Malaysian Insight, Imej diperoleh dari The Sun Daily