Xiaomi secara rasmi telah membawa masuk siri tablet baharunya, REDMI Pad 2 9.7 ke pasaran Malaysia. Daya tarikan utama tablet ini terletak pada bateri berkapasiti besar 7,600mAh.

Peranti ini disasarkan kepada pengguna yang mencari tablet kompak berprestasi tinggi, dengan penawaran varian sambungan Wi-Fi serta 4G yang boleh didapati pada bermula pada harga RM569.

Berdasarkan reka bentuk fizikalnya, tablet ini tampil dengan saiz skrin berukuran 9.7 inci. Ia lebih kecil sedikit dan mudah dibawa berbanding model asal REDMI Pad 2.

Peranti ini dibina menggunakan kerangka logam tunggal (metal unibody) dengan ketebalan hanya 7.4mm. Di samping itu, ia juga mengekalkan ciri tradisional seperti bicu audio 3.5mm dan dilengkapkan dengan sistem pembesar suara stereo untuk pengalaman media yang baik.

Menurut Xiaomi Malaysia, penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 6s 4G Gen 2 pada peranti ini menjadikannya 34 peratus lebih pantas dan mampu mencapai kelajuan klok sehingga 2.9GHz. Kapasiti bateri 7,600mAh yang dibekalkan juga dikatakan mampu bertahan sehingga 1.7 hari bagi setiap pengecasan penuh.

Spesifikasi REDMI Pad 2 9.7

Spesifikasi Butiran
Paparan Skrin 9.7 inci LCD 2K (2048 x 1280 piksel), kadar segar semula 120Hz mi+1. Nisbah skrin 16:10, kecerahan maksimum 600 nits
Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6s 4G Gen 2
Sistem Operasi Xiaomi HyperOS 3, berasaskan Android 16
Memori (RAM) 4GB LPDDR4x
Storan Dalaman Pilihan 64GB atau 128GB (UFS 2.2), menyokong penambahan mikroSD sehingga 2TB
Kamera Belakang 8 Megapiksel (MP)
Kamera Hadapan 5 Megapiksel (MP)
Bateri & Pengecasan 7,600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui USB Type-C (pengecas 15W disertakan dalam kotak)
Audio Pembesar suara stereo dengan sokongan Hi-Res, bicu audio 3.5mm
Ketersambungan Wi-Fi Dwi-Jalur (2.4GHz & 5GHz), Bluetooth 5.0, dengan pilihan varian Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi + 4G
Dimensi & Berat 226.51 x 147.97 x 7.4 mm, seberat 406g
Pilihan Warna Kelabu (Graphite Gray) dan Perak (Silver)
Keselamatan Nyahkunci berasaskan pengecaman wajah AI (AI face unlock)

Siri REDMI Pad 2 9.7 kini sudah mula dijual di Malaysia dalam dua pilihan warna elegan iaitu Kelabu (Graphite Grey) dan Perak (Silver).

Bagi varian standard (Wi-Fi sahaja), ia ditawarkan pada harga RM569 untuk versi 4GB+64GB dan RM599 untuk versi 4GB+128GB.

Manakala bagi varian 4G pula, ia berharga RM649 (4GB+64GB) dan RM699 (4GB+128GB). Anda yang berminat boleh mendapatkannya bersama-sama sarung pelindung percuma menerusi laman sesawang rasmi Xiaomi serta kedai rasmi mereka di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

 

Tinggalkan komentar