Utama Android Oppo Siri OPPO Reno13 Baharu diumumkan: Gabungan Keunggulan Rekaan dan Teknologi Terkini

Siri OPPO Reno13 Baharu diumumkan: Gabungan Keunggulan Rekaan dan Teknologi Terkini

105
0

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2024 – OPPO Malaysia dengan bangganya mengumumkan ketibaan ahli terbaharu dalam keluarga siri Reno – OPPO Reno13 Pro, OPPO Reno13, dan OPPO Reno13 F. Peranti-peranti terbaharu ini menjanjikan untuk mentakrifkan semula inovasi dan gaya, menetapkan satu standard baharu untuk telefon pintar moden.

Siri Reno13 menampilkan rekaan yang memukau dengan “Butterfly Shadow Design”, “Luminous Loop”, dan “One-piece Cold-sculpted Glass”. Penggunaan bahan-bahan yang boleh dikitar semula mencerminkan dedikasi OPPO terhadap kelestarian alam sekitar. Dengan siri Reno13, OPPO mengubah reka bentuk menjadi langkah yang bermakna ke arah masa depan yang lebih hijau dan hubungan yang lebih mendalam dengan alam semula jadi.

Pra-tempahan siri OPPO Reno 13 

Sempena pelancaran rasmi yang akan datang, pelanggan boleh membuat pra-tempahan siri Reno13 bermula hari ini hingga 10 Januari 2025, dan menikmati rebat segera sehingga RM200 dan ganjaran menarik bernilai sehingga RM2,266!

Berikut adalah ganjaran pra-tempahan yang ditawarkan:

  • OPPO Reno13 Pro:
    • Ganjaran bernilai sehingga RM2,266
    • PERCUMA OPPO Care Plus – Pelan Perlindungan Cecair 1 Tahun bernilai RM1,099
    • PERCUMA OPPO Care Plus – Waranti Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM599
    • Waranti Pelbagai Wilayah bernilai RM169
    • OPPO Enco Air4 bernilai RM249 (selagi stok masih ada)
    • Rebat Segera RM150
  • OPPO Reno13 & OPPO Reno13 F:
    • Ganjaran bernilai sehingga RM1,916
    • PERCUMA OPPO Care Plus – Pelan Perlindungan Cecair 1 Tahun bernilai RM1,019

Pra-tempahan boleh didapati di kedai-kedai berikut:

  • Kedai Fizikal:
    • My OPPO Space
    • Kedai Jenama OPPO
    • Pengedar Sah OPPO
    • Rakan Kedai Rangkaian
  • Kedai Dalam Talian:
    • Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO
    • Kedai Dalam Talian Sah OPPO
    • Rakan E-dagang Terpilih

Sertai Trend AI dengan Siri OPPO Reno13

Bersedialah untuk mengalami sendiri gabungan antara trend terkini dan teknologi masa hadapan dengan siri OPPO Reno13. Jadilah antara yang terawal untuk menerajui trend AI dengan membuat pra-tempahan sekarang di https://www.oppo.com/my/events/reno13-series-launch/ dan dapatkan hadiah-hadiah yang menarik!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.