Utama Android Honor Siri HONOR Magic5 laris, habis dijual di kedai-kedai HONOR di seluruh China

Siri HONOR Magic5 laris, habis dijual di kedai-kedai HONOR di seluruh China

244
0
CEO HONOR George Zhao visit HONOR Store

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – Siri HONOR Magic5 mendapat sambutan luar biasa dan laku seperti ‘pisang goreng panas’ pada jualan hari pertama di China. Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co Ltd George Zhao berkongsi berita baik itu di Weibo, baru baru ini dan memaklumkan telefon flagship baharu jenama tersebut sudah habis dijual di banyak kedai HONOR.

Menurutnya, pasukan penghantaran produk sedang bertungkus-lumus menambah stok baharu Siri HONOR Magic5 di pasaran. “Terima kasih kepada semua konsumer di atas sokongan dan minat terhadap HONOR,” katanya.

Zhao berkata, selepas persiapan tiga tahun, Siri HONOR Magic5 telah menerajui dalam pelbagai teknologi seperti pengimejan, skrin, komunikasi dan jangka hayat bateri, sekaligus mencipta penanda aras baharu dalam pasaran telefon pintar flagship. “Pengiktirafan daripada konsumer memberi dorongan kepada kami dan HONOR akan sentiasa menerapkan inovasi teknologi yang mengutamakan konsumer untuk mencipta nilai sebenar kepada pengguna dan membawa lebih banyak produk menakjubkan!” katanya. 

HONOR Store in China_2Peminat berbaris menunggu giliran untuk membeli Siri HONOR Magic5 pada hari pertama jualan.

Gambar-gambar memaparkan suasana di beberapa kedai HONOR yang dikongsi Zhao jelas menunjukkan Siri HONOR Magic5 menerima sambutan hangat dengan barisan panjang pelanggan sehingga di luar premis kedai pada hari pertama jualan. Menariknya pada hari tersebut, Zhao sendiri turun padang untuk menjelaskan tentang Siri HONOR Magic5 kepada pelanggan. 

HONOR Store in China_1Kedai HONOR di China diserbu peminat yang mahu mencuba Siri HONOR Magic5 pada hari pertama jualan.

Sebagai telefon pintar flagship, Siri HONOR Magic5 dilmuatkan pemproses paling berkuasa Snapdragon 8 Gen 2 bersama bateri berkapasiti besar 5100mAh dan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W untuk masa penggunaan sepanjang hari. 

Selain itu, HONOR Magic5 Pro telah dua kali meraih tempat pertama dalam Kedudukan Kamera dan Paparan Telefon Pintar DXOMARK, membuktikan kehebatan peranti flagship tersebut.  

Baru-baru ini, HONOR Malaysia mengumumkan ketibaan dua flagship baharu Siri HONOR Magic5 dan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs ke pasaran tempatan pada awal April ini. Malaysia menjadi negara pertama di luar China untuk memasarkan Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs. Selain itu, HONOR turut menyatakan harga dua peranti tersebut akan memberi kejutan kepada pengguna Malaysia. 

Untuk maklumat terkini, sila layari https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship. 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.