Utama PRNewswire Cambridge English Qualifications diiktiraf secara meluas sebagai standard emas dalam ujian bahasa.

Cambridge English Qualifications diiktiraf secara meluas sebagai standard emas dalam ujian bahasa.

340
0
Cambridge English Qualifications diiktiraf secara meluas sebagai standard emas dalam ujian bahasa.
SINGAPURA, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ — Cambridge English Qualifications dipercayai oleh beratus-ratus institusi di serata dunia selama bertahun-tahun dan diiktiraf secara meluas sebagai standard emas apabila melibatkan penilaian kemahiran bahasa. Bilangan organisasi yang mengiktiraf Cambridge English Qualifications melangkaui 25,000, seraya memperkukuh kedudukan syarikat ini sebagai penyedia terunggul dalam industri ini untuk ujian bahasa Inggeris.

Para pelajar berpeluang untuk membuktikan kemahiran bahasa mereka dan menonjol dalam pasaran kerja yang kompetitif dengan memperoleh Cambridge English Qualifications yang diiktiraf secara meluas oleh universiti, syarikat dan kerajaan di seluruh dunia. Pensijilan disediakan kepada pelajar daripada sebarang peringkat umur dan daripada apa-apa latar belakang memandangkan ia meliputi pelbagai jenis kemahiran dan kebolehan, bermula dengan yang paling asas dan berkembang kepada yang paling maju.

Kebolehan membaca, menulis, mendengar dan bertutur oleh calon hanyalah beberapa aspek daripada kemahiran berbahasa Inggeris mereka yang dinilai oleh Cambridge English Qualifications. Ia menawarkan pengukuran kebolehan linguistik yang boleh dipercayai dan objektif yang membolehkan institusi-institusi membuat keputusan berdasarkan pengetahuan berhubung kemasukan, perekrutan dan latihan.

Hakikat bahawa Cambridge English Qualifications telah mencapai angka penting 25,000 institusi yang mengiktirafnya merupakan bukti piawaian yang tinggi dan kualiti peperiksaan. Kepentingan kelayakan Cambridge English serta kelebihan kompetitif yang ditawarkan olehnya kepada pelajar, diiktiraf secara meluas oleh institusi-institusi pendidikan.

Seorang wakil di Cambridge University Press & Assessment mengeluarkan kenyataan berikut: “Kami berbangga kerana telah mencapai kejayaan penting ini yang menunjukkan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh institusi-institusi dari seluruh dunia terhadap kelayakan yang kami tawarkan. Cambridge English Qualifications memberi ukuran yang ketat dan boleh dipercayai terhadap kecekapan seseorang pelajar bahasa dan kami berbangga kerana dapat menyediakan laluan langsung kepada pelajar dan juga calon bagi mencapai matlamat bahasa yang ditetapkan untuk diri mereka sendiri.”

Cambridge English Qualifications semakin penting memandangkan keperluan terhadap individu yang mahir berbahasa Inggeris meningkat di serata dunia. Pelajar berpeluang untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka, merealisasikan cita-cita mereka dan mendapat akses kepada prospek akademik dan profesional yang sebelum ini tidak tersedia hasil daripada peluang ini.

Cambridge English. Di mana dunia anda berkembang.

https://protect-eu.mimecast.com/s/I4ptCD9NNHNjvXnFW2NJl?domain=youtube.com

Ujian Cambridge English benar-benar selari dengan Common European Framework of Reference (CEFR). Common European Framework of Reference (CEFR)  untuk Bahasa ialah rangka kerja yang diiktiraf secara meluas dan digunakan untuk menghuraikan kebolehan bahasa di seluruh Eropah dan selanjutnya. Ia menjadikannya lebih mudah untuk pelajar, guru dan majikan berkomunikasi tentang kemahiran bahasa dengan menyediakan bahasa yang sama untuk menghuraikan kemahiran berbahasa.

Peperiksaan yang diberikan oleh Cambridge English memberi petunjuk jelas tentang tahap kemahiran berbahasa calon mengikut enam tahap CEFR: A1, A2, B1, B2, C1 dan C2. Penjajaran ini diperlukan bagi memudahkan hal ini. Penjajaran ini akan membantu pelajar dan guru memahami dengan lebih baik kekuatan mereka dan aspek-aspek yang boleh diperbaiki oleh mereka dan ia menjadikannya lebih mudah untuk majikan menilai kebolehan linguistik pemohon kerja.

Apa itu Common European Framework of Reference (CEFR) a untuk Bahasa?

https://protect-eu.mimecast.com/s/X5sNCG5nniKWYw0spj23R?domain=youtube.com

Menurut seorang wakil daripada Cambridge, “Cambridge English komited untuk menyediakan penilaian yang tepat dan boleh dipercayai terhadap kebolehan berbahasa Inggeris. Dengan menyelaraskan peperiksaan kami menurut CEFR, kami memastikan ujian kami selari dengan piawaian antarabangsa. Hasilnya, calon-calon kami akan dapat mempercayai sepenuhnya keputusan yang diberikan kepada mereka.”

Penjajaran Cambridge English dengan CEFR adalah hasil daripada semakan yang komprehensif terhadap kriteria peperiksaan dan penilaian yang digunakan oleh Cambridge English. Bagi memastikan bahawa peperiksaan mencerminkan dengan tepat tahap yang digariskan dalam CEFR, proses tersebut merangkumi perundingan dengan pakar bahasa, guru serta pihak berkepentingan yang lain.

Penjajaran tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Cambridge English untuk menyediakan penilaian bahasa yang berkualiti tinggi yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelajar, pendidik dan majikan di seluruh dunia. Cambridge English yakin bahawa penjajaran ini akan membantu pelajar mencapai matlamat bahasa mereka dan menjadikannya lebih mudah untuk mencari calon dengan kemahiran bahasa yang diperlukan. Cambridge English juga yakin bahawa penjajaran ini akan membantu majikan mencari calon dengan kemahiran bahasa yang diperlukan oleh mereka.

Menilai Impak di Cambridge English

https://protect-eu.mimecast.com/s/6IpCCKZXXuz8ELBIpmFyG?domain=youtube.com

Kunjungi laman web Cambridge English untuk maklumat lanjut tentang Cambridge English Qualifications.

https://protect-eu.mimecast.com/s/A9ePCMQDDfMxOjRsGr5I-?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/FwSwCN9DDHDVloECVeXs9?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/lM9uCOyllcz5R30IWfhrq?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/6aKaCPZmmu8vGQosWnfru?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/BmkYCRoYYFjnmNRtviwuz?domain=cambridgeenglish.org
https://protect-eu.mimecast.com/s/ptbmCW7OOtRz90PUyY9zh?domain=cambridgeenglish.org
https://protect-eu.mimecast.com/s/7QCDCYvppTEk15NIKtr1J?domain=cambridgeenglish.org

Latar Belakang Cambridge University Press & Assessment

Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berseronok dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di sepanjang perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global untuk kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada kajian mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami dapat memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif serta boleh dicapai

Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi hidup insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.

Di mana dunia anda berkembang.

Cambridge English ialah pengusaha dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang.

Bahasa Inggeris dituturkan di setiap pelosok dunia: bermula dari kafe hingga kampus, pasar hingga bilik mesyuarat dan di mana-mana sahaja di antaranya. Kami menjalankan peperiksaan di lebih 130 negara kepada lebih 5.5 juta orang setiap tahun. Kami menawarkan persiapan yang komprehensif, bahan sokongan dan sumber untuk mempelajari dan mengajar bahasa Inggeris. Melalui kajian selama bertahun-tahun, kami memperoleh pemahaman mendalam tentang cara orang ramai belajar bahasa. Ini membolehkan kami membangunkan penilaian yang membantu pelajar memperoleh kemahiran yang tepat berdasarkan kepada bagaimana orang ramai menggunakan bahasa Inggeris pada hari ini.

Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan saling bekerjasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh.

Dengan sokongan yang betul, mempelajari bahasa merupakan satu perjalanan yang mengujakan. Kami berada bersama anda dalam setiap langkah perjalanan anda.

Apa yang kami percaya – Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berseronok dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Apa yang kami tawarkan – Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dalam seluruh perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Bagaimana kami melakukan sesuatu perkara dan impak yang kami beri – Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global untuk kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada kajian mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami dapat memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif serta boleh dicapai.

Peranan global bahasa Inggeris – Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi dalam menjadi insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.

Apa yang kami janjikan – Di mana dunia anda berkembang.

SOURCE Cambridge University Press & Assessment

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.