KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Pelancaran rasmi Siri HONOR 600 hari ini mendapat sambutan luar biasa apabila pengguna berpusu-pusu mengunjungi HONOR Experience Store di seluruh negara.
Jualan hari pertama ini merekodkan permulaan yang kukuh, didorong oleh minat mendalam pengguna untuk mengalami dan memiliki telefon pintar kelas andalan (flagship) terbaharu tersebut.
Momentum jualan fizikal ini merupakan kesinambungan daripada fasa pra-tempahan yang memecah rekod pada 23 April lalu. Siri baharu ini berjaya mencatatkan peningkatan jualan hari pertama sebanyak 153 peratus berbanding model sebelumnya. Sekali gus membuktikan lonjakan permintaan dan keyakinan pengguna terhadap inovasi HONOR di pasaran Malaysia.
Peranti Andalan Mudah Diakses
Menurut HONOR, kejayaan ini didorong oleh kedudukan Siri HONOR 600 sebagai sebuah peranti andalan yang mudah diakses (Accessible Flagship). Penggabungan sistem kamera yang dinaik taraf dengan kebebasan kreatif menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan HONOR menyediakan alat yang lengkap untuk pencipta kandungan dan pengguna tegar.
Bagi menghargai pembeli awal, pelanggan yang mendapatkan Siri HONOR 600 layak membawa pulang berkas hadiah percuma bernilai sehingga RM1,326. Pakej komprehensif ini merangkumi rebat segera sebanyak RM200, jam tangan pintar HONOR Watch X5i, perkhidmatan penggantian skrin retak depan dan belakang selama 365 hari, perlindungan kerosakan cecair setahun, serta jaminan tambahan selama satu tahun.
Sistem kamera 200MP siri HONOR 600 dilengkapkan dengan kamera utama Super Sensing 200MP dengan tahap penstabilan imej CIPA 6.5. Ia merupakan standard industri yang memastikan kejelasan bergred profesional walaupun pada tahap zum 120x.
Enjin pengimejan AI Image-to-Video 2.0generasi baharu membolehkan pengguna mengubah gambar pegun menjadi penceritaan video sinematik (seperti memori abadi dan pelukan mustahil) secara terus tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.
Spesifikasi Padu
Model Pro dipacu oleh cipset utama Snapdragon 8 Elite, manakala HONOR 600 standard menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang menawarkan kelajuan dan kecekapan yang lonjakan besar.
Dilengkapi bateri silikon-karbon berkapasiti bateri 7,000mAh, telefon pintar ini merupakan antara yang terbaik dalam kelasnya untuk menyokong penggunaan berprestasi tinggi.
Paparan Ultra-Terang 8000-nit memberikan kejelasan sempurna di bawah cahaya matahari. Ia disokong oleh teknologi pemalapan Pulse Width Modulation (PWM) 3840Hz Bebas Risiko untuk meminimumkan kelipan dan menjaga kesihatan mata pengguna.
Telefon pintar ini juga menawarkan rintangan air dan habuk pada tahap pengiktirafan IP69K. Ia digabungkan dengan reka bentuk struktur yang diperkukuhkan untuk keseimbangan antara keanggunan dan ketahanan lasak.

Siri HONOR 600 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Jingga (Orange), Putih Keemasan (Golden White), dan Hitam (Black). Model HONOR 600 (12GB+512GB) dijual pada harga RM2,599. Bagi varian HONOR 600 Pro pula, ia berharga RM3,099 untuk spesifikasi 12GB+256GB dan RM3,299 bagi versi 512GB.
Telefon pintar ini kini boleh didapati secara rasmi di seluruh HONOR Experience Store, kedai dalam talian rasmi, serta platform e-dagang sah di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.








