Utama Android Honor Siri HONOR 200 Bakal Tampil Dengan Magic AI Experience Yang Tersedia Dalam...

Siri HONOR 200 Bakal Tampil Dengan Magic AI Experience Yang Tersedia Dalam Andalan Premium

52
0

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2024 – Siri HONOR 200, telefon pintar Flagship Estetik AI terbaharu HONOR yang akan dilancarkan di Malaysia menggabungkan teknologi AI termaju dengan fotografi potret klasik bagi menghasilkan fotografi bertaraf studio yang cantik pada telefon pintar.

Rangkaian kelas pertengahan premium ini akan mengintegrasikan ciri-ciri Magic AI Experience yang terbaharu, seperti ada pada telefon flagship premium Siri HONOR Magic yang mempertingkatkan kefungsian, mudah digunakan dan keupayaan tangkapan imej. Berikut 6 Magic AI Experience yang baharu dan berkuasa bakal ditonjolkan dalam Siri HONOR 200.

Magic Portal (Eksklusif)

Magic Portal memahami dan mentafsir mesej dan tingkah laku pengguna dengan bijak, membawa mereka mencari item seperti alamat dan imej secara mudah dengan hanya menyeret dan melepaskannya daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Sebagai contoh, apabila pengguna menjumpai gambar pakaian yang cantik di media sosial, Magic Portal membolehkan mereka mencari item sama di platform e-dagang dengan sangat mudah hanya melalui satu seretan, menjadikan membeli-belah lebih mudah kepada pengguna.

AI Air Gesture

Kesan minyak pada skrin telefon biasa berlaku ketika menggunakannya sambil makan dengan tangan. Dengan ciri AI Air Gesture, pengguna boleh menala aplikasi pilihan ke atas dan ke bawah, menangkap layar, menukar kamera depan dan belakang, atau juga mengambil gambar menggunakan ciri ini tanpa perlu menyentuh paparan tersebut. Magis, bukan?

AI Blur Private Info

Dalam era di mana media sosial menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita, sekeping imej boleh mendedahkan maklumat sensitif. Maka, amat penting untuk melindungi privasi pengguna. HONOR mengutamakan privasi pengguna dengan memproses data pada peranti secara selamat dan melengkapi HONOR 200 dengan Blur Private Info. Ciri ini mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan secara terus daripada menu Share sebelum imej dihantar.

Magic Capsule

Mengakses kepada ciri-ciri telefon yang biasa digunakan sering memerlukan beberapa sentuh untuk mengakses menu tambahan atau notifikasi. Magic Capsule membolehkan pengguna untuk hanya menekan pada notifikasi dan terus mendapat akses kepada maklumat relevan serta fungsi penting bagi tindakan segera tanpa perlu melayari pelbagai menu seperti pemasa, penggera,  rakaman layar, panggilan telefon dan banyak lagi.

AI Motion Sensing Capture (Eksklusif)

Dengan AI Motion Sensing Capture, HONOR 200 Pro mampu menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun subjek sedang bergerak pantas. Mula diperkenalkan dalam siri HONOR Magic5, ciri ini membolehkan momen potret yang pergerakan laju seperti menyepak, melompat atau menari ditangkap dengan kejelasan dan ketelitian yang lebih jitu. 

AI Natural Tone 2.0 (Eksklusif)

Sama ada dalam keadaan cahaya di kawasan luaran atau dalaman yang berbeza, melihat paparan telefon pintar dengan jelas boleh menjadi sukar. Siri HONOR 200 menangani masalah ini dengan AI Natural Tone 2.0. Ciri ini menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya persekitaran, memberikan pengalaman melihat paparan secara alami dan konsisten setiap masa. 

Prapesanan HONOR 200 Pro dengan deposit RM20! 

Cepat lakukan prapesanan HONOR 200 Pro dengan hanya perlu membayar deposit sebanyak RM20 semasa promosi Early Bird Special mulai 10 hingga 18 Jun 2024.

Dapatkan hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh, yang merangkumi:

  • Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)
  • Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge 
  • HONOR Earbuds X6
  • Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Istimewa Early Bird HONOR 200 Pro, sila layari laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/shop/new-launch/ 

Pelancaran Siri HONOR 200 pada 19 Jun 2024

Siri HONOR 200 yang dinanti-nantikan akan dilancarkan pada 19 Jun 2024 ini di Malaysia! Tandakan kalendar anda dan tontoni penstriman secara langsung majlis pelancaran pada jam 8 malam waktu Malaysia melalui akaun Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.