Utama Android Honor Siri HONOR 200 Yang Dikuasakan AI Milik Anda Secara Percuma Melalui Pelan...

Siri HONOR 200 Yang Dikuasakan AI Milik Anda Secara Percuma Melalui Pelan Telco Terpilih

40
0

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2024 – Siri HONOR 200 yang dilancarkan baru-baru ini tersedia dalam dua versi iaitu HONOR 200 Pro dan HONOR 200. Dua peranti ini juga boleh dimiliki menerusi pelan pascabayar menarik daripada rakan telco CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes. Orang ramai juga boleh mendapatkan telefon pintar Flagship Estetik AI secara percuma dengan pelan terpilih.

Dijual pada harga bermula daripada RM1,899, Siri HONOR 200 merupakan peranti dengan nilai yang amat berbaloi, menawarkan keupayaan fotografi bertaraf studio, pengalaman Magic AI intuitif yang dipertingkatkan dan berkuasa dengan spesifikasi yang mesra bajet. Berikut pakej pascabayar daripada rakan telco.

Dapatkan HONOR 200 pada hanya RM1!

CelcomDigi menawarkan HONOR 200 pada harga serendah RM1 sebulan, manakala HONOR 200 Pro tersedia mulai RM10 sebulan dengan pembayaran mudah Easy360. Untuk maklumat lanjut, kunjungi  laman sesawang rasmi CelcomDigi.

Dapatkan Siri HONOR 200 Dengan Pelan Maxis Postpaid 109 

Dengan pelan Maxis Postpaid 109, HONOR 200 Pro boleh dimiliki dengan harga daripada RM90 sebulan. Bagi HONOR 200 pula, peranti ini tersedia pada harga lebih berpatutan iaitu RM70 sebulan melalui pelan sama. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Siri HONOR 200, sila layari laman sesawang rasmi Maxis.

Miliki Siri HONOR 200 daripada RM49 sebulan dengan U Mobile hari ini!

Bawa pulang HONOR 200 Pro pada harga serendah RM66 sebulan, dan hanya RM49 sebulan untuk HONOR 200 secara eksklusif dengan U PayLater. Nikmati ansuran 0% dengan Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga ke 1,000GB dan Perayauan Global Percuma di 63 destinasi di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman sesawang rasmi U Mobile.

Bawa pulang HONOR 200 secara PERCUMA dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Premium Postpaid!

Sementara itu, Yes 5G menawarkan HONOR 200 Pro pada harga yang amat menarik iaitu hanya RM20 sebulan dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Premium 118 Postpaid. Bukan itu sahaja, peranti HONOR 200 juga boleh menjadi milik anda secara PERCUMA dengan pelan sama! Harga-harga hebat ini hanya sah untuk kontrak selama 36 bulan. Kunjungi laman sesawang rasmi Yes sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini.

Siri HONOR 200 – Pengalaman yang dikuasakan AI dengan keupayaan fotografi potret bertaraf studio

Menampilkan keupayaan fotografi potret mengagumkan yang memanfaatkan HONOR AI Portrait Engine baharu, Siri HONOR 200 membolehkan pengguna untuk menangkap gambar bertaraf studio dengan hanya menekan butang.

Untuk menggunakan kuasa HONOR AI Portrait Engine, Siri HONOR 200 disepadukan dengan Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto 50MP dengan Sensor Sony IMX586 berserta Ultra Lebar 12MP dan Kamera Makro. HONOR 200 Pro menampilkan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci, manakala model Standard dilengkapi Sensor Sony IMX906.

Siri HONOR 200 menggabungkan perkakasan pengimejan yang berkuasa dengan pengalaman pengguna secara intuitif menerusi pengalaman Magic AI yang meningkatkan kualiti imej serta menawarkan ciri-ciri seperti AI Natural Tone 2.0 untuk paparan optimum, dan AI Motion Sensing Capture bagi menangkap gambar subjek bergerak pantas dengan lebih jelas. Bagi melengkapkan pemerkasaan AI ini, ciri-ciri seperti Portal, Magic Capsule, Blur Privacy Info, Smart Folder dan AI Air Gestures juga tersedia.

HONOR 200 Pro ini dikuasakan dengan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 yang dipertingkatkan dengan cip termaju unik HONOR C1+RF serta disesuaikan dengan paparan Floating AMOLED Quad-curved 6.78 inci yang besar. Bagi model HONOR 200 pula, ia dilengkapi dengan prosesor Snapdragon 7 Gen 3 dan paparan Floating AMOLED Quad-curved 6.7 inci. Kedua-dua paparan ini memiliki pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

Untuk jangka hayat bateri yang bertahan sepanjang hari, Siri HONOR 200 ini memuatkan bateri Karbon Silikon 5,200mAh dengan teknologi pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge. Bagi model Pro, ia didatangkan dengan keupayaan tambahan iaitu pengecasan wayarles 66W Wireless HONOR SuperCharge Wireless.

HONOR 200 Pro berharga RM2,699 dan menampilkan konfigurasi penstoran 12GB RAM + 512GB. Peranti ini didatangi dalam dua warna menarik Ocean Cyan dan Moonlight White. HONOR 200 pula ditawarkan dalam pilihan warna Coral Pink, Moonlight White dan Black dengan varian penstoran 12GB RAM + 512GB pada harga RM2,199, manakala varian penstoran 12GB RAM + 256GB pada harga RM1,899.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200 dengan melayari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my   

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.