Utama Android Samsung Hari yang Selamat dengan Samsung Galaxy A53 5G Baharu!

Hari yang Selamat dengan Samsung Galaxy A53 5G Baharu!

Bagaimana Galaxy A53 5G memberikan pengalaman mudah alih yang selamat ketika menjalankan pelbagai urusan harian anda.

602
0
Galaxy A53 5G Secure Wi-Fi

Anda berada di kedai kopi dan ingin menyambung ke Wi-Fi. Tetapi, anda juga ingin berhati-hati dan ingin memastikan ia selamat untuk digunakan. Disinilah mod Secure Wi-Fi pada Galaxy A53 5G anda memainkan peranan yang penting.

Apabila dihidupkan, ia menyulitkan trafik Internet Wi-Fi anda dan membantu menghalang peranti anda daripada dijejaki. Anda juga boleh menjejaki penggunaan Secure Wi-Fi pada bila-bila masa dengan memeriksa aktiviti Protection anda. 

Kongsi Apa Yang Anda Suka, Secara Peribadi

Galaxy A53 5G Private ShareIngin menghantar sesuatu secara peribadi kepada rakan anda tetapi tidak mahu mengambil risiko orang lain melihatnya? Di sinilah pentingnya fungsi Private Share.

Ia menyulitkan gambar, video atau fail dan memberikan anda pilihan untuk memilih siapa yang dapat melihatnya serta berapa lama seseorang itu boleh akses gambar anda, jadi anda tidak perlu bimbang tentang ia jatuh ke tangan yang salah.

Samsung Galaxy, Ruang Selamat Anda

Galaxy A53 5G Secure FolderKatakan anda mengambil gambar kad kredit atau ID anda dan ingin menyimpannya dengan selamat di telefon anda. Mudah sahaja! Anda boleh memastikannya selamat dengan Secure Folder Galaxy A53 5G.

Ia sangat selamat disebabkan Samsung Knox, dan anda juga boleh menyediakan jenis kata kunci anda sendiri termasuk pin, corak, kata laluan dan cap jari. Bagus dan mudah!

Diluar Pandangan, Bukan Di Kawalan 

Galaxy A53 5G Find My DeviceKemudian, anda pulang ke rumah. Tetapi anda tidak dapat mencari telefon anda di mana-mana! Tidak mengapa, anda boleh menemuinya dengan mudah dengan pergi ke laman web Find My Mobile di PC anda.

Ia membantu anda mencari lokasi telefon anda, walaupun di luar talian. Ah, nampaknya anda telah meninggalkan telefon di kedai. Jangan risau, anda boleh menguncinya, jadi tiada siapa yang dapat mengaksesnya sehingga ditemui oleh anda.

Sekiranya anda ingin membeli Galaxy A53 5G – inilah masanya! Sehingga 31 Ogos 2022, nikmati rebat sebanyak RM150 untuk setiap pembelian. Selain itu, anda juga dapat menikmati penjimatan hebat seperti di bawah:

PromosiButiranSah Sehingga
Rebat Trade-inTerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas31 Ogos 2022
OneDriveNikmati 6 bulan storan awan 100GB OneDrive secara percuma31 Mac 2023
Promosi “Purchase with Purchase” Travel AdapterTerima diskaun sebanyak 40% untuk Travel Adapter dengan pembelian Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G30 September 2022

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A53 5G, sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-a536elbhxme/ 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.