Utama Komputer Seagate perkenal storan HDD NAS 8TB, khusus untuk IKS

Seagate perkenal storan HDD NAS 8TB, khusus untuk IKS

856
0

Seagate telah memperluaskan barisan pengeluaran produknya di dalam segmen storan HDD tersambung rangkaian (Network-Attached Storage, NAS) melalui model 8 terabitnya yang dikhususkan untuk kegunaan industri kecil dan sederhana (IKS), pejabat kecil mahupun pengguna profesional yang bergiat di dalam bidang industri kreatif.

Pengeluar cakera keras yang berpangkalan di Cupertino, California ini menyatakan bahawa NAS HDD ini menggantikan penggunaan produk sedia ada 3.5 inci yang digunakan pada salah satu bay kerangka tower 8 bay.

Jika menggunakan dengan konfigurasi lapan bay, pemacu-pemacu storan ini mampu memberikan ruang storan sehingga 64 terabit di dalam sebuah desktop. Jumlah ini dianggap terlalu besar bagi pengguna di dalam industri kecil dan sederhana. Namun, Seagate menjustifikasikan ruang storan yang besar ini bersesuaian dengan kehendak pasaran yang senantiasa inginkan ruang storan yang lebih besar dari hari ke hari.

Seagate turut mendakwa pemacu NAS keluaran mereka merupakan yang terbaik dari sudut pengurangan kos dan mesra pengguna terutamanya dalam hal-hal seperti storan sandaran dan pemulihan data.

-Sumber berita diperoleh dari The Inquirer

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.