Samsung dilaporkan akan membawakan sejumlah aplikasi ke Windows 10 dengan salah satu daripadanya. Quick Share. Aplikasi ini membolehkan fail-fail di antara peranti Samsung dengan PC Windows dipindahkan.

Segala fail imej, video dan dokumen dapat dikongsikan dengan aplikasi Quick Share melalui WiFi Direct, Bluetooth dan juga platform SmartThings.

Bagaimanapun, aplikasi ini hanya boleh digunakan pada peranti Samsung yang dioperasikan One UI 2. Menurut portal Aggiornamenti Lumia, sesetengah sistem operasi Windows 10 kini sudah pun menerima aplikasi Quick Share berkenaan.Windows Store Samsung Quick Share Download

Selain aplikasi Quick Share, Samsung turut membawakan aplikasi-aplikasi lain ke Windows 10. Antaranya termasuklah Samsung Free (dulu dikenali sebagai Samsung Daily) yang menawarkan rancangan TV, artikel berita dan permainan. Terdapat juga sebuah aplikasi yang dikenali Samsung O, namun tidak diketahui apakah fungsi aplikasi ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.