Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Ren Zhengfei baru-baru ini telah menyatakan bahawa Apple iPhone 12 merupakan “telefon pintar tebaik di dunia,” Kenyataan ini dibuat menerusi sebuah Sidang Meja Bulat Bersama Media yang berlangsung di Taiyuan, China.

Di dalam sidang berkenaan, turut dibincangkan mengenai isu sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Huawei. Pentadbiran Trump sebelum ini telah meletakkan Huawei ke dalam senarai entiti yang dilarang menjalankan urus niaga dengan organisasi US. Keadaan ini telah menyekat Huawei dari mendapatkan perkakasan, perisian dan perkhidmatan dari Amerika Syarikat.

Pentadbiran baharu di bawah Presiden Biden juga dilihat masih lagi mengekalkan keputusan yang sama. Justeru, Huawei melihat keadaan masih lagi sukar dalam masa terdekat ini.

Sejak sekatan ini mula dilakukan, Huawei telah mengalami kemerosotan pengeluaran. Dari kedudukan pengeluar telefon kedua di dunia di belakang Apple ketika sebelum sekatan, kini telah jatuh ke tangga ketujuh.

Bagaiamanpun, Ren Zhengfei masih lagi optimis dengan masa depan Huawei. Tumpuan kini diberikan pada pembangunan teknologi 5G Huawei berdasarkan kualitinya pada industri dan juga pengguna.

Beliau turut mengambil kesempatan menghargai kesudian Apple menggunakan teknologi 5G Huawei pada iPhone keluarannya. Dalam pada masa yang sama turut menegaskan tiada akan menjual perusahaan telefon pintar Huawei.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.