Utama Tablet Samsung Samsung Galaxy Tab Active 4 Pro, Tablet tahan lasak dilancarkan di Malaysia...

Samsung Galaxy Tab Active 4 Pro, Tablet tahan lasak dilancarkan di Malaysia dengan Harga RM3,299

29
0

Samsung pada hari ini telah melancarkan Galaxy Tab Active4 Pro untuk pasaran Malaysia. Direka khusus untuk perniagaan dan pekerja barisan hadapan pelbagai industri, tablet ini berharga RM3,299 dengan menawarkan ciri bertaraf perusahaan dan tahan lasak.

Berketebalan 10.2mm dan seberat 678g, Samsung Galaxy Tab Active4 Pro mempunyai bateri berkapasiti 7,600mAh yang boleh ditanggalkan dan digantikan. Skrin TFT bersaiz 10.1-inci yang ditawarkannya juga memudahkan urusan kerja selain turut menawarkan sokongan Samsung DeX untuk disambungkan ke monitor atau TV lain.

Dalam pada masa yang sama, tablet ini juga mempunyai kamera hadapan dan belakang masing-masing 13MP dan 8MP. Ia berkeupayaan merakamkan video pada resolusi UHD 4K 30fps.

Tablet yang menggunakan pemprosesan okta-teras ini bagaimanapun hanya menawarkan satu pilihan konfigurasi iaitu RAM 4GB dan storan 64GB sahaja. Anda boleh menambah ruangan storannya melalui slot kad mikroSD sehingga 1TB. Ia juga menyokong rangkaian 5G dan ketersambungan NFC.

Selain itu, Samsung turut menyatakan para pekerja yang menggunakan tablet ini boleh menyentuh skrin di atas paparannya sambil memakai sarung tangan tanpa sebarang masalah.

Untuk sokongan perisian pula, Galaxy Tab Active4 Pro akan menerima kemaskini keselamatan untuk tempoh selama 5 tahun. Tablet ini juga menerima persijilan MIL-STD-810H, justeru menjadikan ia mampu dikendalikan dalam pelbagai keadaaan ekstrem seperti altitud tinggi, suhu tinggi, getaran tinggi, berhabuk dan sebagainya.

S Pen yang disediakan bersamanya juga mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP68. Tablet ini juga tahan hentakan dan mampu bertahan jika dijatuhkan pada ketinggian sekitar 1.2 meter melalui pelapik (cover) perlindungan atau 1.0 meter sahaja jika tiada pelapik.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Tab Active4 Pro, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Artikel sebelum iniEV Group dan Dymek Company Membentuk Syarikat Usaha Sama di Malaysia untuk Meningkatkan Sokongan Pelanggan Serantau
Artikel seterusnyaSemua Transaksi Kad Dalam Talian Maybank Guna Secure2u sepenuhnya Julai 2023
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.