Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 dilaporkan mengatasi prestasi iPhone 14 dalam ujian penanda aras

Samsung Galaxy S23 dilaporkan mengatasi prestasi iPhone 14 dalam ujian penanda aras

533
0
Samsung Galaxy S23 Onleaks Render

Ujian penanda aras Samsung Galaxy S23 dilaporkan telah tertiris. Jika markah tersebut didapati tepat dan mampu diterjemahkan pada produk yang akan dikeluarkan kelak, ia dijangka bakal menggugat kedudukan pesaing utamanya, Apple.

Angka tersebut dipetik berdasarkan entri untuk sebuah peranti Samsung yang tidak bernama di dalam Geekbench yang diketemukan oleh GalaxyClub. Keputusan yang dipaparkan tersebut menunjukkan peranti berkenaan mengatasi prestasi berbilang teras pemprosesan A15 Bionic di dalam iPhone 14.

Bagaimanapun, iPhone 14 masih lagi cemerlang untuk prestasi berteras tunggal. iPhone selama ini sememangnya mengatasi prestasi semua telefon pintar Android terbaik selama bertahun-tahun di dalam ujian penanda aras. Perkembangan ini sekurang-kurangnya menunjukkan terdapat kemajuan di kalangan telefon pintar Android dalam usaha mengatasi iPhone dari segi prestasi.

Markah Geekbench 5 untuk Galaxy S23, iPhone 14 dan iPhone 14 Pro yang tertiris

Teras tunggalBerbilang teras
Galaxy S231,5244,597
iPhone 141,7274,553
iPhone 14 Pro1,8915,469

Hasil penanda aras yang didakwa sebagai Galaxy S23 berkenaan menunjukkan telefon berkenaan mungkin menggunakan Snapdragon 8 Gen 2. Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan Galaxy S23 mungkin menggunakan pemprosesan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada Galaxy S23 yang didakwa untuk ujian tersebut merupakan standard, Plus atau Galaxy S23 memandangkan kesemua model Galaxy S22 sebelum mempunyai RAM sekurang-kurangnya 8GB.

Berdasarkan maklumat-maklumat yang tertiris mengenai Galaxy S23 setakat ini, diharapkan terdapat perubahan yang bermakna untuk perkakasannya. Tiada naik taraf lain yang digembar-gemburkan setakat ini untuk S23 atau S23. Hanya rekaan semula sahaja yang diperkatakan dan berkemungkinan ia bertujuan membezakannya dengan model sebelumnya.

Paling dijangkakan untuk model tahun hadapan adalah pada naik taraf kamera baharu dan juga kuasa perkomputeran fotografinya. Samsung Galaxy S23 juga diharapkan menjadi lebih efisien agar dapat menjadikan tempoh penggunaan baterinya lebih panjang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.