Utama Android Samsung Serlahkan Gambar Malam Anda dengan Nightography Samsung Galaxy S22 Ultra

Serlahkan Gambar Malam Anda dengan Nightography Samsung Galaxy S22 Ultra

505
0

Terma Nightography seringkali dikaitkan dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dan merupakan penyelesaian inovatif yang membolehkan anda mengambil gambar malam dan kurang pencahayaan dengan lebih baik melalui manfaat yang disediakan oleh perkakasan yang perisiannya.

Untuk makluman anda, Samsung Galaxy S22 Ultra memanfaatkan kamera utamanya 108MP yang memiliki sensor 2.4 μm bagi membolehkannya menangkap lebih banyak cahaya.

Selain itu, ia juga mempunyai Corning Gorilla Glass DX dan lensa yang amat jelas bagi meningkatkan lagi jumlah cahaya yang dapat dimuatkan ke dalam sensor dan mengurangkan nyala lensa (lens flare) yang disebabkan oleh biasan cahaya di dalam lensa.

Peranan perlindungan yang diberikan oleh Corning Gorilla Glass DX di dalam fungsi ini melengkapkan lagi keseluruhan teknologi fotografi yang digunakan pada Samsung Galaxy S22 Ultra.

Night Solution untuk Galaxy S22 Ultra

Untuk perisiannya, Samsung Galaxy S22 Ultra menggunakan Night Solution yang secara automatik digunakan apabila kamera mengesan keadaan persekitaran kurang pencahayaan. Menggunakan algoritma pemprosesan isyarat kecerdasan buatan dan cip NPU, ia akan mengambil sejumlah gambar dan akan menggabungkan foto yang bagus bagi membentuk hasil yang paling baik.

Ia tidak terhad pada kamera utama Samsung Galaxy S22 Ultra, malah turut meliputi kamera telefoto 3x, dan juga kamera hadapan. Ia juga boleh dimanfaatkan di dalam Portrait Mode.

Bagi anda yang gemar bereksperimentasi, Nightography menggunakan Samsung Galaxy S22 Ultra juga boleh dilakukan menggunakan mod manual yang disediakan. Anda boleh membuat tetapan pendedahan yang panjang (long exposure) bagi menghasilkan foto malam mengikut citarasa anda.

Rakaman video malam yang lebih jelas

Samsung Galaxy S22 Ultra juga memperkenalkan beberapa ciri unik yang menarik untuk fungsi rakaman videonya. Ia mempunya penstabil imej dwi-landasan (dual-track image stabilization) yang menggunakan penstabil imej optikal dan penstabil imej video digital bagi mengesan pergerakan kamera melalui perisian dan perkakasannya.

Ia seterusnya mampu mengurangkan kesan foto kabur yang sering menjadi masalah akibat kesan dari penggunaan pengatup (shutter) pada kelajuan rendah.

Paling menonjol di dalam kefungsian rakaman videonya adalah Auto FPS yang akan melaraskan kadar bingkai anda sehingga paling minimum 24fps mengikut pencahayaan persekitaran anda.

Jika keadaan memerlukan rakaman lebih rendah dari 24fps untuk mendapatkan visual yang lebih cerah, Samsung Super Night Solution boleh digunakan. Ia akan mengambil dari rakaman video sedia ada dengan menambahkan kadar kepada 12fps bagi memastikan video kekal lancar disamping masih kelihatan cerah.

Sungguhpun Samsung Galaxy S22 Ultra masih lagi menggunakan beberapa perkakasan yang sama seperti Samsung Galaxy S21 Ultra yang dilancarkan pada tahun lepas, ia mampu membawakan sejumlah penambahbaikan terutamanya dari segi fotografi dan videografi di dalam persekitaran kurang pencahayaan. Segala fungsi berkenaan mampu menjadikan Nightography anda lebih cantik walau di mana jua anda berada.

Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy S22 boleh didapati melalui pautan berikut:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.