Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Samsung Galaxy Fit3 secara rasminya dilancarkan pada Harga RM299

Samsung Galaxy Fit3 secara rasminya dilancarkan pada Harga RM299

59
0

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy Fit3, peranti penjejak kesihatan terkini yang berkesinambungan dari Galaxy Fit2 yang dilancarkan pada 2020. Galaxy Fit3 yang diperbuat daripada aluminium ini mempunyai paparan AMOLED 1.6-inci berbentuk segiempat tepat dengan bucu yang membulat.

Berbeza dengan model terdahulu, paparan peranti boleh pakai ini juga 45% lebih lebar dan boleh dikawal melalui butang yang disediakan pada sisinya. Ia juga boleh disesuaikan dengan lebih dari 100 jenis muka jam. Peranti boleh pakai yang menawarkan kerintatangan air dan debu IP68 ini juga mampu bertahan di dalam air dengan tekanan sehingga 5 ATM.

Tiada sokongan GPS terbina di dalamnya, namun ia masih lagi mampu digunakan untuk merekodkan lebih dari 100 jenis senaman. Untuk ciri kesihatannya, Galaxy Fit3 mempunyai sensor untuk mengukur kadar denyutan nadi, tahap oksigen di dalam darah, dan juga aktiviti tidur anda. Menurut Samsung, peranti penjejak kesihatan ini mampu bertahan sehingga 13 hari untuk sekali cas.

Galaxy Fit3 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM299 dengan tiga pilihan warna. Bermula dari hari ini sehingga 30 April 2024, Samsung menawarkan promosi khas bersempena pelancarannya untuk menikmati diskaun 30% dengan pembelian telefon pintar Samsung Galaxy terpilih di kedai dalam talian rasminya dan juga kedai jualan fizikalnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.