Samsung akhirnya telah mengesahkan desas-desus mengenai telefon pintar 5G untik siri Galaxy A dengan memperkenalkan Galaxy A90 5G secara rasminya.

Dilengkapkan dengan paparan Infinity-U Super AMOLED HD+ Penuh 6.7-inci, telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 855. Untuk sokongan rangkaian 5G pula, telefon pintar ini dilengkapkan dengan modem Qualcomm Snapdragon X50. Ianya juga hadir dengan tetapan storan dalaman 128GB bersama-sama pilihan RAM 6GB atau 8GB.

Pada bahagian belakangnya pula, Galaxy A90 5G didatangkan dengan tetapan tri-kamera dengan 48MP f/2.0 sebagai lensa utamanya dengan disokong oleh lensa bersudut ultra luas 123 darjah 8MP f/2.2 dan lensa penderia kedalaman 5MP f/2.2. Telefon pintar ini juga turut didatangkan dengan sebuah kamera swafoto 32MP f/2.0 di hadapannya.

Selain dari fungsi pengimbas cap jari di bahagian belakangnya, telefon pintar ini turut menyediakan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan teknologi pengecasan super pantas 25W. Tidak ketinggalan, Galaxy A90 5G turut menyokong penggunaan Samsung DeX, seterusnya menjadikan ia sebagai telefon pintar pertama yang menyokong fungsi berkenaan dikalangan siri Galaxy A.

Setakat ini pihak Samsung hanya mengesahkan tarikh pelancarannya untuk pasaran Korea Selatan yang bakal dijadualkan pada 4 September ini.

Agak sukar untuk menjangkakan telefon pintar ini bakal hadir ke pasaran Malaysia di dalam tempoh terdekat memandangkan teknologi rangkaian 5G di negara kita masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar