Samsung memperkenalkan penambahan dua model baharu untuk siri kelas pertengahannya melalui Samsung Galaxy A57 dan Galaxy A37 untuk pasaran Malaysia.

Hadir sebagai kesinambungan kepada model Galaxy A56 dan A36, barisan peranti baharu ini membawa pelbagai peningkatan perkakasan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan harian pengguna masa kini.

Walaupun tampil dengan reka bentuk luaran yang hampir sama, kedua-dua peranti ini membawakan fokus penggunaan yang berbeza.

Galaxy A57 menumpukan kepada keupayaan fotografi cahaya rendah atau Nightography yang dipertingkatkan. Menjadikannya sesuai untuk penghasilan kandungan visual yang menarik.

Manakala, Galaxy A37 pula dioptimumkan untuk memberikan prestasi harian yang lancar serta menyokong pengalaman permua. Kedua-dua model peranti ini juga dilengkapkan dengan perlindungan kalis air dan habuk bertaraf IP68.

Samsung turut memaklumkanĀ  Galaxy A57 dan A37 akan menerima kemas kini sistem operasi (OS) serta keselamatan selama enam tahun.

Spesifikasi Samsung Galaxy A57 Samsung Galaxy A37
Paparan Skrin 6.7 inci Super AMOLED Plus (1080 x 2340), 120Hz 6.7 inci Super AMOLED Plus (1080 x 2340), 120Hz
Cip Pemprosesan Exynos 1680 Exynos 1480
Memori (RAM) 12GB 8GB atau 12GB
Storan Dalaman 256GB atau 512GB 256GB sahaja
Kamera Belakang 50MP (Utama, OIS) + 12MP (Sudut Ultra Lebar) + 5MP (Makro) 50MP (Utama, OIS) + 5MP (Makro)
Kamera Hadapan 12MP 12MP
Bateri & Pengecasan 5,000mAh, Pengecasan Pantas Berwayar 45W 5,000mAh, Pengecasan Pantas Berwayar 45W
Sistem Operasi Android 16 dengan OneUI 8.5 Android 16 dengan OneUI 8.5
Sokongan Perisian 6 tahun kemas kini OS dan keselamatan 6 tahun kemas kini OS dan keselamatan
Penarafan Ketahanan Kalis air dan habuk (IP68) Kalis air dan habuk (IP68)
Harga Rasmi (RM) RM2,399 (256GB)
RM2,699 (512GB)
RM1,699 (8GB RAM)
RM1,899 (12GB RAM)

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy A57 ditawarkan pada harga RM2,399 (12GB RAM / 256GB) dan RM2,699 (12GB RAM / 512GB).

Sementara itu, model Galaxy A37 dijual pada harga yang lebih mampu milik iaitu RM1,699 (8GB RAM / 256GB) dan RM1,899 (12GB RAM / 256GB).

Bersempena dengan pelancaran ini, pembeli boleh menikmati promosi masa terhad termasuk rebat sehingga RM200 melalui rakan promosi seperti CIMB, Maybank, dan kemudahan Shopee PayLater

Tinggalkan komentar