Utama Mobile Android Samsung Galaxy A51, A71, dan Note10 Lite dijangka akan dijual di Malaysia...

Samsung Galaxy A51, A71, dan Note10 Lite dijangka akan dijual di Malaysia pada harga bermula dari RM 1,299

968
0

Baru-baru ini, tiga telefon pintar keluaran Samsung yang terbaru iaitu Samsung Galaxy A51, A71, dan Note10 Lite telah muncul di dalam pangkalan data SIRIM. Lanjutan itu, sebuah laman web teknologi tempatan, mdroid, melaporkan harga-harga bagi model telefon pintar keluaran Samsung berkenaan.

Menurut mdroid, Galaxy A51 akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM 1,299. Manakala untuk model yang lebih tinggi spesifikasinya, Galaxy A71 akan dijual pada harga RM 1,799.

Manakala Galaxy Note10 Lite Pula akan dijual pada harga RM 2,299. Bagaimanapun, mdroid tidak pula menyatakan apa-apa tentang Galaxy S10 Lite sungguhpun telefon pintar berkenaan diumumkan seiring dengan Galaxy Note10 Lite pada awal bulan ini.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan laporan ini kerana adakalanya jangkaan yang diperoleh pada peringkat awal boleh tersasar. Namun, apa yang pasti berita-berita sebegini menandakan kehadiran model-model telefon pintar Samsung terbaru ini ke pasaran Malaysia semakin hampir. Sehingga itu, kita nantikan pengumuman rasmi dari Samsung Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari mdroid

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.