Samsung Galaxy A02 secara rasminya telah dilancarkan pada penghujung Januari baru-baru ini dan kini, telefon pintar baharu dari Samsung ini memasuki pasaran Malaysia.
Terdapat dua variasi yang diperkenalkan, tetapi untuk jenis RAM 3GB dan storan dalaman 32GB harganya kini dijual pada RM399. Pada pendapat kami, harga ini boleh dikatakan amat berbaloi berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.
Telefon ini menyediakan paparan TFT Infinity-V HD+ 6.5-inci, bersama-sama cipset MediaTek MT6739W. Kualiti paparan yang disediakan boleh dikira memuaskan, sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Menggunakan antaramuka One UI Core yang berasaskan Android 10, Samsung Galaxy A02 turut menyediakan Dark Mode bagi memberikan keselesaan pada mata ketika digunakan di dalam gelap.
Di belakang telefon ini menyediakan kamera berkonfigurasi dwi-kamera dengan 13MP sebagai kamera utama dan 2MP sebagai kamera makro. Manakala di depannya disediakan kamera swafoto 5MP.
Tidak ketinggalan, bateri yang disediakannya pun boleh dikira agak besar kapasitinya iaitu 5,000mAh. Mampu bertahan penggunaannya untuk sehari suntuk sebelum ianya perlu dicaskan.
Harga pasaran Samsung Galaxy A02
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy A02, ia berharga RM 399 dengan spesifikasi RAM 3GB, storan 32GB. Anda boleh mendapatkannya di wakil-wakil jualan rasmi Samsung di seluruh negara dan juga secara dalam talian. Kunjungi laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.
Spesifikasi Samsung Galaxy A02
Prestasi |
|
|---|---|
| Pemprosesan | Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 |
| Cipset | Mediatek MT6739W (28 nm) |
| GPU | PowerVR GE8100 |
| RAM & Storan | RAM 3GB, storan 32GB |
| Storan tambahan | mikroSDXC |
| OS | Android 10, One UI 2.0 |
| Bateri | Li-Po 5000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan |
Skrin |
|
| Saiz paparan | 6.5 inci |
| Jenis paparan | PLS IPS |
Kerangka |
|
| Ukuran | 164 x 75.9 x 9.1 mm |
| Berat | 206 g (7.27 oz) |
| Jenis kerangka | Depan kaca, belakang plastik, kerangka plastik |
| Warna | Hitam, Biru |
Ketersambungan |
|
| SIM | SIM 1 (nano) + SIM 2 (nano) + MicroSD |
| Kelajuan Data | HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE Cat4 150/50 Mbps |
| Wifi | Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, hotspot |
| Bluetooth | 5.1, A2DP, LE |
| NFC | Tiada |
| USB | microUSB 2.0 |
Penderia |
|
| Penderia | Accelerometer, proximity |
| GPS | Ya, dengan A-GPS, GLONASS |
| Radio | Radio FM |
| Kamera & Video | |
| Kamera belakang | Dwi: 13 MP, f/1.9, (wide), AF + 2 MP, f/2.4, (macro) |
| Kamera depan | 5 MP, f/2.0 |
| Video | 1080p@30fps |
| Lain-lain | LED flash |
Audio |
|
| Pembesar suara | Ada |
| Bicu audio | Ada |
| Radio | Radio FM |














Wow