Disember tahun lalu Samsung telah menghasilkan DRAM mudah alih jenis baru yang membenarkan telefon pintar menggunakan sehingga 4 GB ingatan meruapnya itu. Lebih kurang setahun kemudian, Samsung memaklumkan bahawa mereka telah bersedia untuk memuatkan sehingga 6 GB ke dalam telefon pintar.
Peningkatan RAM ini mampu direalisasikan disebabkan oleh kemampuan Samsung menghasilkan LPDDR4 (low power, double data rate 4) DRAM 12 Gigabit secara besar-besaran. Memori baru ini dihasilkan melalui teknologi 20 nanometer Samsung.
Samsung menyatakan DRAM jenis baru ini 30 peratus lebih pantas dari memori 8 GB LPDDR4 yang menggunakan teknologi 20 nanometer dan dua kali ganda lebih pantas dari DDR4 DRAM untuk komputer. Ini bermakna memori mudah alih yang terbaru membolehkan satu pakej menggunakan 2 cip untuk membawakan 3 GB RAM atau 4 cip untuk 6 GB.
Oleh itu, ia bukan sahaja dapat memuatkan lebih banyak RAM pada telefon pintar premium, malah telefon pintar murah juga bakal mendapat lebih banyak RAM walaupun dengan faktor ruang yang terhad.
Masih belum diketahui bila kita akan dapat melihat telefon pintar mula menggunakan RAM jenis baru ini. Buat masa ini, kebanyakan telefon pintar dilengkapi dengan RAM sebanyak 3 GB. Apple pula hanya menyediakan RAM 1 GB untuk iPhone 6 Plus.
Samsung menjangkakan masa depan LPDDR4 DRAM bukan setakat digunakan pada telefon pintar dan tablet semata-mata. Dalam masa terdekat ini, berkemungkinan besar lebih banyak peranti dan gajet seperti ultrabook, peralatan digital dan sebagainya.
Sumber berita diperoleh dari Engadget, Imej cover dari Samsung Tomorrow