Kuala Lumpur, 17 September 2025 – Sempena sambutan Hari Malaysia, Ryt Bank mengangkat semangat perpaduan dan keterangkuman negara dengan melancarkan aplikasi dalam versi Bahasa Cina, melengkapi versi sedia ada dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Pencapaian ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengakses perbankan digital yang selamat dan lancar dalam bahasa yang mereka fahami — satu langkah penting Ryt Bank ke arah kewangan digital inklusif.
“Sebagai bank pertama di dunia yang dikuasakan AI, Ryt Bank komited memastikan inovasi dapat dinikmati oleh seluruh komuniti. Dengan menawarkan aplikasi dalam Bahasa Cina, kami memastikan setiap rakyat Malaysia berasa inklusif dalam masa depan perbankan. Kami menetap piawaian baharu untuk sebuah sistem kewangan, yang lebih pintar dan inklusif untuk semua.”
– Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, Pengarah Urusan, YTL Power International.
Sejak dilancarkan, Ryt Bank kini mendahului arena perbankan digital Malaysia, berada di kedudukan No.1 dalam kategori aplikasi kewangan di Apple App Store dan No.2 di Google Play, serta juga menjadi bank digital dengan penilaian tertinggi daripada pelanggan.
Menjelang akhir September, pelanggan boleh menjangkakan Ryt AI yang lebih pintar — menyokong pembayaran QR selain pindahan wang dan bayaran bil, dengan ciri toggle yang ditambah baik untuk pengalaman transaksi lebih pantas dan lancar. Sentiasa tersedia untuk memahami bahasa harian, Ryt AI membantu anda membuat bayaran, menjejak perbelanjaan, dan mengurus wang dengan segera — menjadikan perbankan lebih selamat, mudah, dan mesra.
Aplikasi turut menawarkan aliran JomPAY bersepadu sepenuhnya, memudahkan pelanggan menguruskan bil dan pembayaran di satu tempat, pada akhir bulan ini.
Ryt Bank terus memperkenalkan penyelesaian perbankan pintar untuk rakyat Malaysia:
- Pulangan tinggi: Nikmati faedah harian sehingga 4% setahun tanpa tempoh lock-in.
- Ryt PayLater: Kredit segera sehingga RM1,499, dengan 1.2% pulangan tunai (dihadkan RM5/bulan) untuk bayaran DuitNow QR, serta pulangan tunai 2X dengan rakan ekosistem terpilih seperti kedai Yes*.
- Fleksibiliti Kad Ryt (Visa): Tukar serta-merta antara debit dan kredit dalam aplikasi (ciri akan datang), dengan 1.2% pulangan tunai tanpa had untuk perbelanjaan luar negara, tanpa caj transaksi asing, tanpa caj ATM pengeluaran ATM di seluruh negara, dan ganjaran eksklusif termasuk baucar Shopee, diskaun 20% di restoran YTL Hotels, dan ganjaran bersama Koppiku.
- Keselamatan & kepercayaan: Perlindungan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit, dan dilesenkan sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
*Tertakluk kepada semakan kelayakan
Instagram: @rytbankmy
Facebook: Ryt Bank
Website: www.rytbank.my