Utama Android Samsung Rekaan Samsung Galaxy Z Fold 6 tertiris; Kelihatan Lebih Petak dari Sebelumnya

Rekaan Samsung Galaxy Z Fold 6 tertiris; Kelihatan Lebih Petak dari Sebelumnya

76
0

Acara Samsung Galaxy Unpacked berikutnya dijangka akan diadakan sekitar musim panas tahun ini. Namun, maklumat mengenai peranti yang akan dilancarkannya kelak telah pun mula diperkatakan dengan beberapa maklumat mengenainya telah tertiris.

Menurut maklumat oleh OnLeaks (aka Steve Hemmerstoffer), peranti boleh lipat yang dijangka mungkin Galaxy Z Fold 6 berkenaan akan hadir dengan rekaan yang hampir sama dengan model sebelumnya. Namun, jika dilihat dengan lebih dekat, rekaannya akan kelihatan lebih ‘petak’ dengan bingkainya lebih rata serta bucunya kurang melengkung.

Rekaan ‘petak’ ini menjadikan Galaxy Z Fold 6 berkenaan tampak lebih kemas dan sekata apabila dilipat. Selain itu, susun atur tri-kamera, butang kawalan bunyi, butang kuasa dan pengimbas cap jari, serta kedudukan port USB-C untuk telefon pintar boleh lipat berkenaan tidak berubah.

Dari segi spesifikasinya, OnLeaks menyatakan Galaxy Z Fold 6 kelak berukuran 153.5 x 132.5 x 6.1 mm yang mana, 1.4mm lebih pendek dan 2.6mm lebih lebar berbanding Galaxy Z Fold5 tahun lepas. ‘Cover screen’ pula dikatakan berukuran 6.2-inci dengan skrin dalamannya pula berukuran 7.6-inci.

Turut dinyatakan, ‘cover screen’ berkenaan mungkin akan menampilkan kadar penyegaran semula 120Hz dan tahap kecerahan puncak 2,600 nits. Selain itu, telefon pintar boleh lipat mercu keluaran Samsung ini juga akan menampilkan Android 14 melalui One UI 6.1.1, pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, ciri sokongan Galaxy AI dan sokongan kemaskini keselamatan selama 7 tahun.

Pun begitu, maklumat yang ditiriskan ini masih lagi terlalu awal untuk ditentukan kesahihannya dan boleh jadi realitinya mungkin tidak sama seperti desas-desus yang diperkatakan oleh warga maya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.