Utama Laptop Xiaomi perkenal Laptop RedmiBook 16, 14 & 13 dengan AMD Ryzen 4000

Xiaomi perkenal Laptop RedmiBook 16, 14 & 13 dengan AMD Ryzen 4000

303
0

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan beberapa produk terbarunya di termasuk tiga laptop terbaru di bawah jenama Redmi. Ketiga-tiga laptop RedmiBook Ryzen Edition baharu ini dilengkapkan dengan pemprosesan AMD Ryzen 4000.

Laptop-laptop ini ditawarkan dengan dengan dua pilihan pemprosesan iaitu AMD Ryzen 7 4700U atau Ryzen 5 4500U selain dari saiz skrin masing-masing.

RedmiBook 16 hadir dengan paparan 16.1-inci, manakala RedmiBook 14 dan RedmiBook 13 pula masing-masing mempunyai saiz paparan 14 dan 13.3-inci. Ketiga-tiga paparan ini menyokong paparan natif Full HD, sudut pandangan 178-darjah, dan tahap kecerahahan di antara 250 hingga 300nits bergantung dengan model pilihan.

Dilengkapkan dengan bateri 46Wj, RedmiBook 16 mampu bertahan selama 12 jam untuk kegunaan main semula fail video atau 9 jam untuk penstriman video dalam talian.

Bagi RedmiBook 14 dan RedmiBook 13 pula, kedua-dua model ini menyediakan bateri 40j yang mampu bertahan untuk 11 jam untuk tontonan fail video. Serta 8 jam untuk tontonan video secara dalam talian.

Berikut adalah senarai harga bagi laptop RedmiBook Ryzen Edition baharu berdasarkan model pilihan;

CNY 3799 (~RM 2315)

  • RedmiBook 16 dengan Ryzen 5, 8GB RAM, 512GB SATA SSD
  • RedmiBook 14 dengan Ryzen 5, 8GB RAM, 512GB SATA SSD
  • RedmiBook 13 dengan Ryzen 5, 8GB RAM, 512GB SATA SSD


CNY 3999 (~RM 2436)

  • RedmiBook 16 dengan Ryzen 5, 16GB RAM, 512GB SATA SSD
  • RedmiBook 14 dengan Ryzen 5, 16GB RAM, 512GB SATA SSD
  • RedmiBook 13 dengan Ryzen 5, 16GB RAM, 512GB SATA SSD


CNY 4499 (~RM 2741)

  • RedmiBook 16 dengan Ryzen 7, 16GB RAM, 512GB SATA SSD
  • RedmiBook 14 dengan Ryzen 7, 16GB RAM, 512GB SATA SSD


CNY 4999 (~RM 3045)

  • RedmiBook 13 dengan Ryzen 7, 16GB RAM, 1TB PCIe SSD

Setakat ini masih belum diketahui sama ada ketiga laptop-laptop ini bakal hadir ke pasaran tempatan kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.