Utama Tablet Redmi Redmi Pad 2 kini di Malaysia, Harga bermula dari RM599

Redmi Pad 2 kini di Malaysia, Harga bermula dari RM599

72
0

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan siri tablet Redmi Pad 2 di Malaysia yang hadir dalam model Wi-Fi sahaja dan juga model Wi-Fi + 4G. Boleh didapati bermula dari hari ini, tablet ini ditawarkan dengan pelbagai konfigurasi memori pada harga dari RM599.

Redmi Pad 2 menampilkan kerangka aluminium berketebalan 7.4mm dan seberat 510 gram. Model Wi-Fi boleh didapati dengan pilihan warna Graphite Gray, Mint Green dan Lavender Purple. Manakala model yang menyokong 4G pula boleh didapati dengan pilihan warna Graphite Gray dan Mint Green.

Tablet ini menampilkan paparan LCD IPS 11-inci dengan resolusi 2560 x 1600, kadar penyegaran semula 90Hz, ketumpatan piksel 274 ppi dan kecerahan sehingga 600 nits. Ia juga didatangkan dengan empat pembesar suara Dolby Atmos untuk audio lebih imersif bersama-sama bicu audio 3.5mm.

Di dalamnya terdapat pemprosesan MediaTek Helio G100 Ultra bersama-sama GPU Mali-G57 MC2. Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua varian Wi-Fi sahaja dan 4G didatangkan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Untuk model asas Redmi Pad 2 dengan pilihan RAM 4GB dan storan 128GB pula bagaimanapun hanya boleh didapati secara eksklusif dalam talian.

Dari segi baterinya, tablet ini berkapasiti 9,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia dijalankan oleh Android 15 menerusi HyperOS bersama-sama sokongan ketersambungan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.3. Pengimejannya pula terdiri daripada sebuah kamera utama 8MP di belakangnya dan sebuah kamera 5MP di hadapannya.

Redmi Pad 2 kini boleh didapati di Malaysia menerusi kedai fizikal Xiaomi dan laman web rasminya, serta kedai dalam talian rasmi di Shopee dan Lazada. Ia dijual pada harga RM599 untuk pilihan eksklusif dalam talian 4GB + 128GB, dan RM799 untuk pilihan 8GB + 256GB. Dalam pada masa yang sama, varian 4G pula dijual pada harga RM699 untuk pilihan 4GB + 128GB dan RM999 untuk 8GB + 256GB.

Selain itu, bagi anda yang membuat pembelian secara dalam talian berpeluang untuk menerima cover percuma dan Xiaomi Smart Band 9 Active selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.