Utama Android Xiaomi Redmi 9C varian RAM 4GB, storan 128GB memasuki pasaran Malaysia; Berharga RM...

Redmi 9C varian RAM 4GB, storan 128GB memasuki pasaran Malaysia; Berharga RM 499

639
0

Redmi 9C sebelum ini ditawarkan dengan variasi RAM 3GB dan storan 64GB sahaja di pasaran Malaysia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun lalu.

Kini, terdapat penambahan dari segi varian untuk model telefon pintar ini melalui penawaran varian RAM 4GB dan storan 128GB.

Spesifikasi lain bagi varian ini tentunya masih lagi sama seperti menggunakan cipset Helio G35 dan paparan 6.53-inci.

Serta menawarkan kamera dengan tiga sensor di belakangnya iaitu 13MP AI, 2MP berkedalaman dan 2MP makro. Redmi 9C varian ini juga memiliki kapasiti bateri sebesar 5,000mAh.

Varian telefon pintar Redmi 9C RAM 4GB dan storan dalaman 128GB ini akan ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu biru, jingga dan kelabu. Ia akan dijual di pasaran pada harga RM 499.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.