Utama Mobile Android Realme 5 dan Realme 5 Pro dilancarkan di India, harga bermula dari...

Realme 5 dan Realme 5 Pro dilancarkan di India, harga bermula dari RM585

1548
0

Telefon pintar Realme Generasi Keempat, Realme 5 dan Realme 5 Pro baru-baru dilancarkan secara rasminya di India baru-baru ini. Hadir dengan ciri kuad-kamera, telefon pintar keluaran terbaru di bawah jenama Realme ini telah mula diperkatakan di dalam talian sejak dari minggu lepas lagi.

Dari segi spesifikasi kuad-kameranya, Realme 5 Pro menampilkan penderia Sony IMX586 untuk lensa utama 48MP f/1.8, lensa ultra lebar 8MP f/2.25, lensa potret 2MP dan sebuah lensa makro 2MP.

Untuk kamera hadapannya pula, Realme 5 Pro dilengkapkan dengan kamera swafoto 16MP f/2.0 yang ditempatkan pada takuknya yang berbentuk titisan air. Telefon pintar ini juga didatangkan dengan paparan beresolusi HD+ Penuh bernisbah 19.5:9 6.3-inci bersama-sama perlindungan Corning Gorilla Glass 3+.

Realme 5 Pro dikuasakan Qualcomm Snapdragon 712 dengan tiga pilihan RAM dan storan dalaman iaitu – 4GB/64GB, pada harga Rs. 13999 (~RM816), 6GB/64GB pada harga Rs. 14999 (~RM874) dan pilihan tertinggi iaitu 8GB/128GB ditetapkan pada harga Rs. 16999 (~RM991).

Sebuah bateri berkapasiti 4,035mAh disediakan untuk telefon pintar ini yang turut memiliki teknologi pengecasan pantas OPPO VOOC 3.0. Juga, sebuah pengecas USB Type-C 20W turut disediakan bersama-sama pembelian telefon pintar ini.

Selanjutnya untuk Realme 5 pula, tarikan utama padanya adalah terletak pada kapasiti baterinya yang sebesar 5,000mAh. Menurut pihak Realme, kapasiti ini membolehkan Realme 5 mampu bertahan sehingga 718 jam dalam waktu stand-by selain dibantu oleh kecekapan penggunaan tenaga oleh cipset Qualcomm Snapdragon 665.

Telefon pintar ini juga hadir dengan tiga pilihan RAM dan storan iaitu; 3GB/32GB, pada harga Rs. 9999 (~RM582), 4GB/64GB pada harga Rs. 10999 (~RM641) dan terakhir sekali 4GB/128GB dengan harga Rs. 11999 (~RM700). Berbeza dengan versi Pro yang menggunakan pengecas USB Type-C, versi ini hadir dengan pengecas USB-Mikro.

Dari segi kamera utamanya pula, Realme 5 mempunyai ciri kamera yang sama dengan Realme 5 Pro. Cuma, untuk kamera swafotonya pula, ia didatangkan dengan kamera 13MP. Paparannya pula, ia berukuran 6.5-inci HD+ dengan nisbah aspek 20:9 aspect ratio dan diperkasakan dengan Corning Gorilla Glass 3+.

Persamaan antara kedua-dua model telefon pintar ini turut merangkumi bicu audio 3.5mm dan sistem operasi OPPO ColorOS 6 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Siri telefon pintar terbaru ini juga hadir dengan rekaan “splash-resistant” yang membolehkannya mampu bertahan dalam kemalangan-kemalangan kecil.

Realme 5 dan Realme 5 Pro dijangka akan mula memasuki pasaran India pada 4 September ini. Setakat ini, pihak Realme masih lagi belum menyatakan tarikh keberadaaan telefon-telefon pintar model terbarunya ini di pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari NDTV

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.