realme telah memperkenalkan sebuah lagi model di dalam siri 13 keluarannya di Indonesia menerusi realme 13 4G. Telefon pintar dengan harga yang mampu milik ini dilihat menawarkan spesifikasi perkakasan yang agak baik seperti sokongan pengecasan pantas dan skrin yang baik.

realme 13 4G menampilkan paparan OLED 6.67-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz, dan kecerahan puncak 2,000 nits. Pengimbas cap jari terbina bawah paparannya juga mampu dijadikan sebagai alat pengawas denyutan nadi. Ciri Rain Water Touch pada paparannya ini juga dikatakan mampu membolehkan skrinnya digunakan walaupun ketika basah.

Di dalamnya, telefon pintar peringkat pemula ini dilengkapkan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 685 yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 256GB bersama-sama slot kad mikroSD.

Dari segi fotografinya, telefon pintar ini dilengkapkan dengan kamera utama 50MP dengan OIS, dan sebuah kamera berkedalaman 2MP. Di hadapannya pula turut disediakan sebuah kamera 16MP. Sebuah bateri berkapasiti 5,000mAh turut disediakan bersama-sama sokongan pengecasan 67W. Untuk perlindungan, telefon pintar ini didatangkan dengan penarafan IP54 untuk kerintangan air dan debu.

realme 13 4G dijual pada harga bermula dari IDR2,999,000 (~RM838) dengan dua pilihan warna. Buat masa ini tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tiba ke pasaran Malaysia dan pada ketika, telefon pintar berkenaan telah pun berada di dalam senarai pangkalan data SIRIM Malaysia.

Tinggalkan komentar