PRISM+ secara rasminya telah melancarkan tiga televisyen pintar dengan Google TV keluaran baharunya di Malaysia. Selain memperkenalkan model mercu Q86 Ultra, PRISM+ turut memperkenalkan siri Space Efficient melalui S40 dan S43 yang berharga mampu milik dan menjimatkan ruang.
Q86 Ultra menampilkan panel QLED 86-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan beresolusi 4K. Ia menampilkan sokongan dalam bentuk:
- HDR10+
- Filmmaker Mode
- Motion Smoothing
- Dolby Vision
- Dolby Atmos
- Game Mode
- Auto Low Latency Mode
- pilihan kadar penyegaran semula skrin boleh laras
- Port HDMI 2.1 eARC
Turut diperkenalkan S series yang hadir dengan pilihan saiz 40-inci dan 43-inci. Kedua-dua model ini dilengkapkan dengan panel DLED 4K yang menggunakan pencahayaan belakang LED, sama seperti paparan LED biasa. Siri ini juga menyokong HDR10 dan mempunyai gamut warna sRGB 99%.
Oleh kerana ia menggunakan Google TV, kesemua model baharu yang diperkenalkan ini mempunyai Google Assistant dan Chromecast terbina dalam dan juga akses ke Play Store.
Untuk harganya, PRISM+ Q86 Ultra dijual pada harga RM7,999, manakala model S40 dan S43 pula harganya masing-masing RM1,199 dan RM1,349. Anda boleh menadapatkan televisyen-televisyen baharu keluaran PRISM+ ini menerusi kedai dalam talian rasminya dan juga di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.