realme 11x bakal menjadi penambahan terkini di dalam siri telefon pintar realme 11 dan merupakan penawaran paling murah setakat ini. Melengkapkan realme 11 standard, Pro dan Pro Plus, model telefon pintar ini akan dilancarkan di Malaysia pada 15 September 2023.
Menampilkan skrin paparan 6.72-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz, telefon pintar ini mempunyai kadar yang sama seperti model tertinggi siri ini dengan tahap kecerahan puncak 680 nits. Ia juga menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 6100 Plus dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB bersama-sama slot kad mikroSD sehingga 2TB.
Tetapan kameranya pula bagaimanapun berbeza dengan realme 11. Ia menampilkan satu kamera utama 64MP dan satu kamera berkedalaman dengan sebelah hadapannya satu kamera 8MP. Bateri untuk telefon pintar ini berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W.
Untuk ketersambungan, realme 11x menyokong Wi-Fi 5, Bluetooth 5.2, 5G, dan bicu audio 3.5mm. Telefon pintar ini menggunakan antaramuka realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dan ditawarkan dengan pilihan warna unggu dan hitam. Ia kini dijual di pasaran India pada harga Rs.15,999 (~RM900), dan dijangkakan harganya kelak tidak jauh bezanya jika memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.