Utama Perbankan Cabang Razer Fintech Dijenamakan Semula sebagai Fiuu, Sasar Kuasai Perkhidmatan Pembayaran Masa...

Cabang Razer Fintech Dijenamakan Semula sebagai Fiuu, Sasar Kuasai Perkhidmatan Pembayaran Masa Depan

219
0

SHAH ALAM, 8 Mac 2024 – Razer Fintech, cabang teknologi kewangan Razer Inc., bersama unit pembayaran B2Bnya, Razer Merchant Services (RMS), memperkenalkan inisiatif penjenamaan semula yang dinamik hari ini. Syarikat itu melancarkan nama tunggal, logo dan identiti baharu dikenali sebagai Fiuu, sekali gus menandakan rancangan bercita-cita tingginya untuk menjadi peneraju dalam perkhidmatan pembayaran digital masa depan.

Menuju ke hadapan, Fiuu, dilihat bersedia untuk beroperasi sebagai anak syarikat kendiri Razer Inc., dalam usahanya untuk memperkasakan segmen pelanggan perniagaan dan individu, selaras dengan keperluan pembayaran yang semakin berkembang. Langkah strategik ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang inovatif kepada peniaga di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaan semula ini, Lee Li Meng akan menyerahkan tampuk kepimpinannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Eng Sheng Guan, di mana beliau seterusnya akan mengambil peranan baharu sebagai Pengerusi Eksekutif Fiuu, berkuat kuasa 1 Mac 2024. Dengan pengalaman luas Encik Eng yang telah terbukti sejak lebih 25 tahun dalam industri pembayaran dan kepimpinan, pelantikannya menandakan lembaran baharu dalam hala tuju pertumbuhan dan inovasi syarikat. Visi dan dedikasi Encik Eng adalah sejajar dengan komitmen Fiuu dalam menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Menerusi kepimpinannya, Fiuu menyasarkan untuk mencapai tahap baharu dalam industri fintech.

“Penjenamaan semula kami bukan sekadar perubahan nama; ia merangkumi visi kami untuk Memperkasakan Perkhidmatan Pembayaran Masa Depan. Kami berusaha untuk memperkasakan pengalaman pembayaran yang lancar dan memacu era baharu perniagaan. Dengan ekonomi digital Asia Tenggara yang berkembang pesat dan unjuran pendapatan dijangka mencecah AS$295 bilion menjelang 2025, komitmen kami adalah untuk memacu kepentingan penyelesaian pembayaran yang inovatif menjadi lebih lebih besar lagi.” kata Encik Lee.

“Inisiatif penjenamaan semula ini menandakan peristiwa penting bagi syarikat yang telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia membolehkan perniagaan fintech meneruskan hala tujunya secara bebas daripada jenama Razer, yang akan memberi tumpuan kepada perniagaan permainan. Saya berbangga dengan pencapaian pasukan ini, dan saya percaya Encik Eng akan dapat membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi dengan sokongan berterusan daripada peniaga dan rakan kongsi kami.”

Daripada Perintis Fintech kepada Syarikat Global

Sejak penubuhannya, Razer Fintech telah menjadi peneraju dalam industri pembayaran digital di Asia Tenggara, dengan merintis banyak inisiatif baharu, hasil sokongan pedagang utama dan rakan kongsi, selaras dengan persekitaran industri yang berkembang pesat terutamanya dengan lonjakan dalam keperluan pembayaran digital ekoran pandemik Covid pada tahun 2020.

Menerusi Fiuu, jenama itu kekal komited terhadap inovasi dan keselamatan, dengan memastikan tawarannya kekal di barisan hadapan dalam landskap pembayaran digital. Dengan pendekatan berpaksikan pengguna dan tumpuan kepada teknologi canggih termaju, Fiuu menyasarkan untuk menawarkan pengalaman pembayaran yang lancar dan intuitif, sekali gus bakal memperkasakan cara transaksi dilaksanakan. Di bawah kepimpinan Encik Lee, Fiuu telah mencatat pertumbuhan yang luar biasa, dengan pendapatannya meningkat dua kali ganda sejak empat tahun lalu dan kini beroperasi pada tahap yang menguntungkan.

Identiti jenama baharu Fiuu yang menonjol mencerminkan semangat sukakan cabaran dan bersemangat, melambangkan kemampuan serta dedikasinya terhadap pertumbuhan. Warna jenama baharu membangkitkan aspek kepantasan dan dinamisme yang menekankan komitmen mereka untuk terus berada di hadapan.

Namanya yang bermula dengan huruf “F”, dilihat mengukuhkan fokus pada inovasi Fintech. Identiti jenama yang padu ini menandakan evolusi dan kesediaan Fiuu untuk mendepani cabaran dan meneroka peluang masa depan. Moto jenama Fiuu iaitu ‘Memperkasakan Perkhidmatan Pembayaran Masa Depan’, merangkumi matlamat syarikat untuk menyediakan penyelesaian berteknologi maju dan mencerminkan dedikasinya untuk meraih kepercayaan dan kebolehpercayaan dalam setiap transaksi.

Melalui jangkaan trend masa depan dan memanfaatkan kemajuan terkini, Fiuu akan memastikan penyelesaiannya dapat memenuhi keperluan perniagaan dan individu yang semakin berkembang dalam dunia yang serba pantas hari ini.

Penjenamaan semula Fiuu mewakili pendekatan berpandangan jauh ke hadapan, dengan tujuan untuk merevolusikan cara transaksi dilaksanakan, sekali gus meningkatkan aspek pengalaman pembayaran dalam setiap interaksi menerusi penyelesaian yang ditawarkannya.

Selaras dengan perkembangan masa hadapan Fiuu, rakan kongsi dan pelanggannya boleh mengharapkan pembaharuan dalam halaman antara muka pembayaran, kemas kini logo dan pelbagai peningkatan lain bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Fiuu kekal komited untuk memperkasakan perubahan positif dalam industri fintech dan memastikan ia kekal sinonim dengan inovasi dan kebolehpercayaan dalam ruang lingkup pembayaran digital.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.