Utama Teknologi Peralatan Rumah PRISM+ Malaysia melancarkan Symphony dan Flow; Soundbar baharu dengan sokongan Dolby Atmos,...

PRISM+ Malaysia melancarkan Symphony dan Flow; Soundbar baharu dengan sokongan Dolby Atmos, harga dari RM799

533
0
PRISM+-Symphony-Price-Malaysia

PRISM+ telah memperkenalkan produk baharunya untuk sistem hiburan rumah melalui soundbar PRISM+ Symphony dan PRISM+ Flow. Kedua-dua model ini boleh dipra-tempah bermula dari hari ini melalui laman web rasmi PRISM+, Lazada, Shopee dan juga kedai fizikalnya.

Model yang lebih premium PRISM+ Symphony menawarkan sokongan audio spatial Dolby Atmos, 11 pembesar suara, subwoofer nirwayar 8-inci dan bunyi keliling 3D. Selain itu, soundbar 5.1.2 ini juga menyediakan sokongan Dolby Digital, Dolby Digital Plus, dan Dolby TrueHD.

PRISM+-Symphony_Angle_V1
PRISM+ Symphony Soundbar

Ini seterusnya dapat memberikan pengalaman bunyi terbaik pengguna walaupun menggunakan peranti atau platform yang tidak menyokong Dolby Atmos. PRISM+ Symphony juga menyediakan port HDMI-eARC bagi membolehkan pengguna memainkan audio tinggi fideliti. Malah, output kuasa puncaknya 760 watt membolehkan pengguna menikmati audio berkualiti tinggi dan bunyi bass yang lebih menusuk kalbu.

Seterusnya, PRISM+ Flow pula yang juga hadir subwoofer nirwayar turut menawarkan sokongan Dolby Audio untuk pengalaman audio dinamik. Hadir dengan pembesar suara 2.1 dan output kuasa puncak 240W, PRISM+ Flow turut menyediakan sokongan Dolby Digital dan Dolby Digital Plus.

PRISM+-Flow_V1
PRISM+ Flow Soundbar

Kedua-dua soundbar baharu dari PRISM+ ini juga menyediakan lima mod preset iaitu News, Music, Sport, Gaming, dan Movie bersama-sama pencahayaan LED yang boleh dilaraskan. Kawalannya boleh dibuat menerusi alat kawalan jauh TV bagi menyediakan pengalaman sinematik rumah yang lebih lancar.

Harga PRISM+ Symphony dan PRISM+ Flow di Malaysia

PRISM+ Flow dan PRISM+ Symphony boleh mula dipra-tempah sejak 28 Oktober 2022 dan dijadualkan mula memasuki pasaran Malaysia sekitar pertengahan November 2022. Anda boleh membuat pra-tempahan menerusi laman web rasmi PRISM+, Lazada dan Shopee, selain di kedai fizikal rasminya di Sunway Pyramid.

  • PRISM+ Symphony Soundbar – RM1,999
  • PRISM+ Flow Soundbar – RM799

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.