Utama Monitor PRISM+ PRISM+ meraikan pembukaan Kedai Baharu di Setia City Mall dengan Pelbagai Diskaun...

PRISM+ meraikan pembukaan Kedai Baharu di Setia City Mall dengan Pelbagai Diskaun dan Hadiah Percuma untuk Aksesori Logitech G

199
0

PRISM+, jenama barangan elektronik dari Singapura akan membuka kedai jualan baharunya yang kelima di Shah Alam. Kedai tersebut terletak di L1-137 Setia City Mall dan pembukaan rasminya akan diadakan pada 18 November 2023.

Anda boleh mendapatkan televisyen pintar siri Q 4K QLED yang mesra bajet serta pelbagai monitor produktiviti dan gaming di sana.

Sebagai meraikan pembukaannya, PRISM+ akan menawarkan sejumlah promosi eksklusif bersempena pembukaan kedai baharu tersebut. Bermula dari jam 10 pagi pada 18 November, anda boleh mendapatkan tawaran berikut di outlet PRISM+ Setia City Mall selagi stok masih ada.

  • Q55-QE 4K Android TV – RM1,499 dengan percuma Logitech K400 Wireless Keyboard bernilai RM129
  • Q75 Ultra 4K QLED Google TV – RM4,299 dengan percuma Symphony Soundbar bernilai RM1,599
  • X340 PRO 165Hz 34” Ultrawide Gaming Monitor – RM1,599 dengan Logitech G G304 bernilai RM149 dan Elevate X1 stand bernilai RM299
  • F240N 165Hz 24” Flat Gaming Monitor – RM599

“Awal tahun ini, kami menyatakan komitmen untuk mengembangkan perniagaan kami di Malaysia dan pembukaan kedai fizikal kami yang kelima dalm masa setahun membuktikannya.

Penerimaan kami di dalam pasaran amat baik sejak pembukaan yang pertama dan pastinya kami mempunyai potensi yang baik di Malaysia berdasarkan permintaan yang tinggi untuk barangan peralatan rumah berkualiti tinggi berharga mampu milik” –  Eric Kam, Pengarah PRISM+ Malaysia.

Bagi anda yang ingin mendapatkan set lengkap monitor gaming dari PRISM+ dengan papan kekunci atau tetikus gaming baharu, anda boleh mendapatkan aksesori Logitech G yang kini dijual pada harga promosi di outlet PRISM+ Setia City Mall. Kesemua pelanggan boleh menerima diskaun tambahan 15% untuk semua produk Logitech G, terhad untuk satu papan kekunci, satu tetikus dan satu set kepala bagi setiap pelanggan selagi stok masih ada.

Maklumat lanjut mengenai PRISM+ Malaysia dan pembukaan kedai baharu, layari laman Facebook rasmi PRISM+ Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.