Utama Mobile Aplikasi Pos Malaysia perkenalkan Pengesahan secara SMS 6 Digit untuk Penghantaran Pos Laju

Pos Malaysia perkenalkan Pengesahan secara SMS 6 Digit untuk Penghantaran Pos Laju

1426
0

Pos Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan sistem tanpa sentuhan terbaru yang diintegrasikan dengan penghantaran Pos Laju. Menurutnya, para pelanggan tidak lagi perlu membuat pengesahan melalui kad pengenalan atau tanda tangan apabila menerima penghantaran.

Menerusi sistem terbaru ini, penerima akan diberi kod verifikasi 6 digit berdasarkan barang-barang yang diterima. Kod berkenaan akan dihantar oleh Pos Malaysia melalui SMS pada hari yang sama dengan penghantaran. Pengguna hanya perlu memaklumkan secara lisan kod tersebut kepada posmen yang menghantar.

Kaedah ini membolehkan penghantaran oleh Pos Laju tidak perlu membuat sentuhan fizikal, seterusnya mengurangkan risiko jangkitan wabak. Posmen juga boleh diminta untuk meletakkan barangan yang dihantar di pintu masuk rumah atau pejabat oleh penerima.

Pengguna juga diingatkan supaya memberikan nombor telefon mudah alih yang terkini dan tepat untuk membolehkan fungsi terbaru ini digunakan. Hal ini penting bagi memastikan pengguna menerima kod verifikasi 6-digit bagi penghantaran melalui Pos Laju.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.