Utama Mobile Niantic sahkan Pokémon Go tidak akan diterbitkan untuk pasaran Malaysia buat masa...

Niantic sahkan Pokémon Go tidak akan diterbitkan untuk pasaran Malaysia buat masa ini

670
0

Peminat-peminat Pokémon di Malaysia tentunya kempunan untuk merasai permainan mudah alih paling hangat masa kini, Pokémon Go. Hal ini berikutan aplikasi permainan ini hanya terhad di negara-negara seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan Jerman sahaja buat masa ini.

Sejak kemunculannya lebih kurang seminggu lepas, Pokémon Go telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia apabila berjaya mencatatkan rekod sebagai aplikasi permainan yang paling pantas berkembang memintas aplikasi lain seperti Clash Royale.

Walaupun siri permainan Pokémon ini berasal dari negara Jepun, ketiadaan Pokémon Go di negara-negara rantau Asia tentunya mengecewakan sejumlah besar peminat-peminatnya. Ramai peminat-peminat Pokémon di Asia membesar dengan siri permainan ini dan mempunyai nostalgia masing-masing.

Niantic, melalui agensinya Fortyseven memaklumkan kepada IGN melalui emel berhubung perkara ini;

“The team is currently heads down working on the game. We do not have any announced plans for countries beyond New Zealand, Australia, US and Germany at the moment.

Chris Kramer, Vice President

fortyseven communications”

Dengan pengumuman ini, dapat disahkan bahawa permainan ini tidak dapat dinikmati oleh pengguna-pengguna di Malaysia buat masa ini. Tak dapat dipastikan entah bila ianya boleh didapati secara rasmi di Play Store bagi pengguna-pengguna Malaysia.

Cuma, kalau agak dah tak sabar sangat, boleh kot cuba versi cetak rompak dari China. Risiko tanggung sendiri.

-Sumber berita diperoleh dari IGN, Imej cover diperoleh dari Muhammed Enes Yildirim, Anadolu Agency/Getty Images

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.