Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Periksa tekanan darah anda dengan Siri Galaxy Watch 5

Periksa tekanan darah anda dengan Siri Galaxy Watch 5

Editorial dari Samsung Malaysia

354
0

Tahukah anda hypertensi turut membawa pelbagai risiko masalah kesihatan yang lain? Hypertensi yang juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung, stroke dan macam-macam lagi jenis penyakit.

Atas sebab itu, adalah mustahak untuk anda memeriksa tekanan darah anda dengan kerap dan berjumpa dengan doktor untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

Anda juga boleh memeriksa kadar tekanan darah anda pada bila-bila masa dan di mana jua dengan peranti kesihatan peribadi seperti Galaxy Watch 5. Data yang diperoleh daripadanya merupakan langkah pertama untuk mengetahui tahap kesihatan anda dan langkah-langkah yang perlu diambil.

Ambil langkah pertama ke arah gaya hidup positif dengan menggunakan siri Galaxy Watch 5. Jam tangan pintar ini dikuasakan oleh sensor tekanan darah (BP) dan electrocardiogram (ECG) berteknologi tinggi yang boleh memeriksa dan menyimpan data tekanan darah anda melalui Samsung Health Monitor. Ia perlu dikalibrasikan dengan pemantau tekanan darah jenis Cuff untuk membolehkan Galaxy Watch anda mengukur tekanan darah dan memberikan keputusan dan carta rekod di dalam telefon pintar anda.

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan Samsung Health Monitor dengan Galaxy Watch 5 anda:

Periksa ECG dengan Galaxy Watch

Selain dari memeriksa tekanan darah, anda juga boleh mengambil bacaan ECG dengan Galaxy Watch 5. Ciri merekodkan ECG ini membantu anda mengukur aktiviti elektrikal jantung dan setakat ini ECG merupakan cara terbaik untuk mengukur ketidaktentuan kadar denyutan nadi dan merekodkannya di dalam bentuk graf.

Ia juga membantu memeriksa jika terdapat atrial fibrillation atau sinus rhythm. Jika terdapat atrial fibrillation, jama tangan pintar ini akan menunjukkan kadar denyutan yang tidak stabil sekitar 50-120BPM. Manakala jika sinus rythm pula, Galaxy Watch akan menunjukkan kadar bacaan 50-100BPM. Pun begitu, langkah terbaik adalah anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dari rekod tersebut atau pada bila-bila masa jika anda berasa tidak sihat.

Berikut adalah cara mendapatkan bacaan electrocardiogram (ECG) dengan aplikasi Samsung Health Monitor app:

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Watch 5, layari pautan berikut:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.