Utama Mobile Android Samsung memulakan ujian secara dalaman One UI 6 (Android 14) Beta untuk...

Samsung memulakan ujian secara dalaman One UI 6 (Android 14) Beta untuk Siri Galaxy S23

424
0
Samsung OneUI 6-0

Samsung dijangka akan menerbitkan One UI 6 Beta pertama pada minggu ketiga bulan ini untuk siri Galaxy S23. Ia juga merupakan Android 14 Beta pertama untuk siri telefon pintar mercu Samsung yang terkini.

Bagi anda yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan gemarkan cabaran, One UI Beta pertama ini akan memberikan anda pengalaman awal sistem operasi Android 14. Cuma seperti biasa, versi Beta ini masih lagi di peringkat awal percubaan dan dijangka masih lagi belum stabil untuk digunakan pada peranti kegunaan harian.

Untuk melihat sejauh mana One UI 6 Beta dan Android 14 Beta memberikan kesan terhadap Galaxy S23 Ulta, ia telah ditanda aras di dalam GeekBench oleh pengguna Twitter yang bernama Tarun Vats.

Memandangkan versi Android 14 yang digunakan ini merupakan versi pengujian, markah yang dicatatkannya tidak begitu memuaskan. Untuk teras tunggal mencatatkan 1,712 dengan markah berbilang teras 3,476. Markah ini mungkin akan meningkat kelak apabila versi akhir Android 14 ini diterbitkan nanti.

Sebagai perbandingan ujian terkini untuk Androdi 13 pada Galaxy S23 Ultra di dalalm Geekbench mencatatkan markah 1,871 dan 4,942 masing-masing untuk teras tunggal dan berbilang teras.Galaxy S23 Android 14 Geekbench

One UI 6 (Android 14) Samsung dijangka hadir awal

Keputusan ujian di dalam laman penanda aras ini menunjukkan Samsung berkemungkinan sedang melakukan ujian secara dalaman One UI 6 Beta dan Android 14 Beta untuk siri Galaxy S23. Biasanya, siri telefon pintar mercu terkini akan menerima kemaskini OneUI (Android) Beta lebih awal berbanding siri Galaxy lain. Ia kemudian menyusul kepada siri mercu tahun sebelumnya untuk menerima kemaskini tersebut.

Samsung mensasarkan membawakan antaramuka One UI baharu dan binaan Android berikut kepada penggunanya lebih awal dalam setiap tahun.

Tahun lepas Google telah menerbitkan Android 13 untuk model Pixel tertentu pada pertengahan Ogos. Manakala Samsung pula menerbitkan One UI 5 (Android 13) untuk siri Galaxy S22 pada 24 Oktober.

Android 14 dijangka akan diterbitkan pada bulan hadapan untuk Google Pixel 4a (5G) dan model-model lain ke atas. Samsung mungkin akan melancarkan kemaskininya lebih awal sedikit tidak lama selepas itu untuk Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.