Utama Mobile Aplikasi Cara membuat Pengeluaran Wang Tanpa Kad di ATM Maybank melalui aplikasi MAE

Cara membuat Pengeluaran Wang Tanpa Kad di ATM Maybank melalui aplikasi MAE

1199
0

Maybank baru-baru ini telah memperkenalkan pilihan baharu yang membolehkan para pelanggannya membuat pengeluaran di mesin-mesin ATM tanpa menggunakan kad bank. Pilihan pengeluaran baharu yang dikenali sebagai Contactless Withdrawal ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MAE.

Ini bukanlah kali pertama Maybank membenarkan pengeluaran melalui mesin ATM tanpa menggunakan kad. Sebelum ini pelanggan-pelanggan Maybank boleh membuat pengeluaran tanpa kad melalui kaedah SMS untuk memasukkan maklumat berkaitan seperti ID transaksi dan kod pengeluaran.

Untuk membolehkan pengeluaran tanpa kad di ATM Maybank melalui aplikasi MAE ini, anda perlu mengaktifkan fungsi tersebut pada aplikasi berkenaan:

  1. Pada skrin utama MAE, pergi ke bahagian widget Quick Action dan ketik pada Manage.
  2. Di dalam bahagian “Customise Top Actions” pilih aktiviti yang jarang anda lakukan dengan mengetik pada ikon “-“. Ini seterusnya akan membukan senarai-senarai perkhidmatan di dalam “Available Services” kerana anda hanya dibenarkan untuk menetapkan empat widget Top Action dalam satu-satu masa.
  3. Tatal ke bawah sehingga anda mengetemukan pilihan “ATM Cash-out” dan pilih ikon “+”.
  4. Sebaik sahaja pilihan ATM Cash-out disenaraikna di dalam bahagian Customise Top Actions, tekan ikon “^” untuk membawakan aktiviti berkenaan ke dalam slot pertama, kedua atau ketiga di dalam senarai tersebut.
  5. Ketik pada “Save Changes”.
  6. Seterusnya anda akan dapat melihat pilihan aktiviti ATM Cash-out di dalam widget Quick Action pada laman utama MAE. Ketik padanya dan masukkan kata laluan MAE atau Maybank2U anda.
  7. Pada laman pengaktifan ATM Cash-out, tandakan pada ruangan persetujuan terma dan syarat dan ketik Confirm.
  8. Semak nombor telefon yang anda daftarkan untuk menerima One Time Password (OTP) dan ketik Confirm untuk menerima SMS OTP.
  9. Masukkan kod OTP yang anda terima dan ketika pada ruangan bertanda untuk pengesahan.
  10. Skrin berikutnya memaparkan penetapan fungsi ATM Cash-out telah berjaya dilakukan. Anda seterusnya akan menerima notifikasi melalui telefon dan SMS.

Anda seterusnya boleh menggunakan fungsi pengeluaran tanpa kad di ATM Maybank melalui MAE dalam tempoh 24 jam selepas pengaktifan.

Cara membuat pengeluaran tanpa kad di mesin ATM melalui MAE

Untuk membuat pengeluaran secara tanpa kad di mesin ATM Maybank, anda perlu memastikan ATM tersebut menyokong fungsi tersebut.

  1. Pada mesin ATM Maybank yang menyokong fungsi pengeluaran wang tanpa kad, buka aplikasi MAE dan ketika pada logo kod QR pada bahagian tengah bawah aplikasi yang biasanya digunakan untuk imbasan kod QR Scan & Pay.
  2. Imbas kod QR yang ditunjukkan pada skrin ATM berkenaan
  3. Sahkan kemasukan MAE anda dengan menggunakan kod PIN atau secara biometrik (cap jari).
  4. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan dan ketik pada butang semak tanda. Jika amaun pengeluaran melebihi RM1,000, anda perlu memasukkan kod Secure2U pada langkah berikutnya.
  5. Pilih akaun yang anda ingin membuatkan pengeluaran tersebut dan ketik Withdraw Now.
  6. Aplikasi anda seterusnya memaparkan proses sedang dijalankan dan jika permintaan pengeluaran anda berjaya, mesin ATM berkenaan akan mula mengeluarkan wang tunai anda.

Anda boleh menjumpai mesin-mesin ATM yang menyokong fungsi pengeluaran tunai tanpa kad melalui MAE dengan melihat skrinnya yang memaparkan kod QR.

Berbeza dengan pilihan pengeluaran tanpa kad secara SMS yang mengehadkan pengeluaran kepada RM300 sahaja, pengeluaran melalui MAE ini tidak mempunyai had yang ditetapkan. Pengguna bebeas untuk menentukan seberapa jumlah pengeluaran yang boleh dibuat dalam satu hari. Pengeluaran melalui kaedah ini juga tidak akan mengenakan sebarang caj pengeluaran.

Maybank juga sedang merancang untuk memperkenalkan fungsi-fungsi ini pada kesemua mesin ATMnya di masa depan. Buat masa ini terdapat 998 buah mesin ATM Maybank yang menyokong fungsi ini dan anda boleh membuat semakannya menerusi pautan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.