Astro pada malam tadi telah memaklumkan sebahagian penggunanya yang menggunakan rangkaian Unifi berdepan dengan masalah sambungan. Tidak dapat dipastikan bilakah masalah berkenaan mula timbul.
Masalah sambungan ini bukan sahaja melibatkan Astro Ultra Box dan Ulti Box. Ia turut melibatkan aplikasi Astro GO, menurut perkongsian oleh sebilangan penggunanya di laman sosial.
Sekitar jam 9.45 malam, ejen perkhidmatan pelanggan Astro telah meminta para pengguna yang terkesan melakukan reboot pada peranti masing-masing. Pemakluman tersebut dihantar menerusi laman Facebook rasmi Astro.
Dalam pada masa yang sama, akaun Twitter rasmi Netflix Malaysia memaklumkan mengenai masalah akses ke platformnya pada sekitar jam 10.16 malam. Bagaimanapun, kenyataan tersebut disusuli dengan kemaskini yang memaklumkan pemulihan perkhidmatannya lebih kurang sejam kemudian.
Hai semua π We noticed that some of you on Unifi are having issues connecting to Netflix. Weβre investigating! Terima kasih atas kesabaran anda ya π
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) January 25, 2022
Setakat artikel ini ditulis, tidak diketahui punca sebenar masalah ini kerana pihak TM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.