Utama Teknologi Keselamatan PDRM rancang tubuh Jabatan Baharu tumpu Jenayah Digital dan Teknologi

PDRM rancang tubuh Jabatan Baharu tumpu Jenayah Digital dan Teknologi

17
0

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhasrat menubuhkan jabatan baharu bagi menumpukan usaha membasmi jenayah digital dan teknologi yang kian kompleks. Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain awal hari ini di Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

PDRM pada hari ini menyambut Hari Polis ke 217 di dalam sebuah majlis di PULAPOL. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ketua Polis Negara berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut bagi membolehkan PDRM memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara. Beliau menjelaskan teknologi digital telah merevolusikan dunia dan mengubah kehidupan harian serta menjadi antara penyumbang kepada pelbagai trend jenayah baharu. Antaranya menurut beliau penggunaan teknologi kecerdasan buatan (A.I.) dalam kegiatan jenayah.

“Tugas dan tanggungjawab PDRM dalam konteks jenayah kini semakin mencabar dan kompleks. Untuk itu, dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan, PDRM perlulah mempersiapkan jabatan dengan aset dan peralatan seiring dengan kemajuan teknologi kepolisan moden,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.